Sunday, October 9, 2011

328. Lubuntu 11.04

Dulu memang saya sering mengikuti perkembangan Ubuntu dan akan mencuba setiap edisi terbaru serta akan ada ulasan daripada saya untuk versi baru yang dikeluarkan. Selepas ini InsyaAllah akan saya ikuti perkembangan Ubuntu yang mana versi 11.10 akan menyusul tidak lama lagi dalam bulan ini. Saya pernah mengunakan bermula daripada Ubuntu 8.04. Selepas itu saya pernah mengunakan Xubuntu 8.04, Xubuntu 8.10, Xubuntu 9.04, Lubuntu 10.10 dan Lubuntu 11.04.

Kadang-kadang menyemakkan juga apabila ada masalah berlaku pada benda-benda penting seperti wireless, suspend mode, hibernate mode, dll. Mujur ada banyak variasi dalam Linux dan juga Ubuntu itu sendiri yang memungkinkan menukar variasi jika variasi tertentu mempunyai masalah yang tidak diinginkan.

Berikut pengalaman saya cuba memasang beberapa distro dalam laptop Fujitsu baru saya yang berharga RM1220 sahaja yang mungkin memberikan 'wake up call' kepada pihak tertentu untuk membetulkan kesilapan yang berlaku yang sepatutnya dapat dielakkan. Mungkin juga saya harus menjadi salah seorang penguji Ubuntu yang pastinya komen saya akan diberikan ruang tertentu untuk mempastikan tiada lagi masalah-masalah tersebut berlaku.

1. Saya berjaya memasang Lubuntu 11.04 64 bit Desktop dengan jayanya kecuali suspend dan hibernate mode yang sedikit merimaskan kerana kegagalan untuk berfungsi dengan sempurna.

2. Saya memuat turun Ubuntu 10.04 64 bit Dekstop dan berjaya pasang namun wireless tidak berfungsi 'out of the box'.

3. Saya memuat turun Xubuntu 11.04 64 bit Desktop dan cuba memasang namun pemasangan tidak berjaya langsung.

4. Saya kembali memasang Lubuntu 11.04 64 bit Desktop kerana itu yang terbaik buat masa ini yang boleh dipasang. Cara atasi masalah suspend dan hibernate mode adalah dengan shutdown laptop yang memakan masa cuma 5 saat dan startup semula mengambil masa cuma 30 saat.

Selama ini saya cuma memasang versi 32 bit dalam Laptop. Akan tetapi untuk membolehkan penggunaan RAM secara maksimum 4GB maka saya perlu memasang sistem pengoperasian 64 bit.

Lubuntu 11.04 yang paling ketara adalah mengunakan font Ubuntu secara default. Amat menarik sekali di situ. Lain-lain adalah bertukar aplikasi default akan berlaku dalam setiap edisi terbaru.

Sebelum ini saya berjaya memasang Lubuntu 10.10 32 bit Desktop. Oleh kerana Lubuntu 10.10 tidak disediakan versi 64 bit maka saya pun memasang versi 11.04. Ternyata hasilnya amat memuaskan dan lebih stabil mungkin kerana kelebihan yang ada pada 64 bit.

Oh ya saya pernah beli laptop sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2005 model Acer Aspire berharga RM2200 tanpa sistem pengoperasian dan juga pada tahun ini juga tanpa sistem pengoperasian. Mesti mau jimat meh. :)

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4