Sunday, March 11, 2012

339. From PHP to Java

Zairoliday 3.0 sudah pun keluar di mana ianya mengunakan Java sebagai bahasa pengaturcaraan berbanding sebelum ini yang mengunakan JavaScript. Bunyi hampir sama akan tetapi kedua-duanya adalah bahasa pengaturcaraan yang jauh berbeza sama sekali. Namun masih banyak yang saya perlu belajar sebelum saya dapat menambahbaik Zairoliday dan membuat semula Zairoute mengunakan Java juga. Jadi dijangkakan tidak banyak kemaskini akan dilakukan dalam masa terdekat ini untuk Zairoliday mahu pun Zairoute.

Saya telah membuat banyak kajian berkaitan bahasa pergaturcaraan asli dan bukan asli untuk Android. Kebanyakkan bahasa pengaturcaraan alternatif memerlukan bayaran untuk mengunakan bingkai kerja yang mereka tawarkan atau pun memasarkan aplikasi di samping sedikit lengah yang terdapat pada skrin webview tidaklah begitu menarik berbanding Java. Saiz fail yang lebih kecil pada Java iaitu 10 peratus lebih rendah berbanding Javascript memberikan lagi kelebihan padanya. Java untuk Android adalah mengunakan Java Edisi Piawai dan ianya adalah percuma. Cuma lengkung pembelajaran yang tinggi menyebabkan ramai orang lebih suka mengelak dan mencari jalan alternatif. Kalau PHP saya ambil masa dalam 3 bulan untuk mempelajarinya dengan baik, saya tidak pasti berapa lama masa yang akan saya ambil untuk Java. Okay PHP sehari pun sudah dapat menguasai asasnya begitu juga dengan Java. Namun asas sahaja tidak cukup kerana banyak yang perlu dipelajari untuk dapat membuat berbagai perkara. Tapi tidak mengapa kerana saya menyasarkan sehingga hujung tahun untuk benar-benar menguasai Java untuk Android.

PHP masih lagi bahasa pengaturcaraan saya di tempat kerja. Java pula akan menjadi bahasa pengaturcaraan hobi saya. Cukup dua dahulu untuk ketika ini kerana untuk belajar sebanyak mungkin bahasa pengaturcaraan tidak akan menjadikan kita mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam.

#zairo