Sunday, April 29, 2012

341. Lubuntu 12.04 (Precise Pangolin)


26 April 2012 merupakan tarikh rasmi Lubuntu 12.04 boleh dimuatturun.
Dapat diperhatikan beberapa perkara berhubung kemaskini versi 12.04 ini.

1. Tanggapan pertama saya adalah hebat kerana saya boleh kemaskini terus Lubuntu 12.04 daripada 11.10 yang memakan masa kurang dari 4 jam (sambil membuat kerja mengunakan aplikasi-aplikasi yang diperlukan) mengunakan arahan berikut:
Menu > System Tools > Update Manager > Install Updates.
Kemudian tekan butang Upgrade.
Untuk semua kotak alert mesej hanya klik 'yes' atau pun 'next'. +1

2. PHPMyAdmin tidak dapat berfungsi dalam Pelayar Web Chromium. Cara atasi adalah clear cache. MySQL telah dikemasikin ke versi terbaru iaitu 5.5. +1

3. Kelihatan wujudnya Bluetooth Manager yang sebelum ini tidak ada pun. +1

4. Macam biasa wallpaper Dekstop adalah terbaru untuk membezakan dengan versi-versi sebelum ini. +1

5. File Manager yang mengunakan PCManFM lebih stabil dan lebih selesa digunakan. +1

6. Skrin Login telah ditambahbaik di mana anda tidak lagi perlu key in username kerana ianya telah sedia ada dalam senarai. Cuma perlu masukkan katalaluan sahaja. Ini kerana mengunakan lightdm berbanding sebelum ini mengunakan lxdm .

7. Hibernate telah disable secara default. Tidak menjadi soal kerana kelajuan untuk on semula dan mesra alam :) +1

8. Mengunakan kernel 3.2. Mengunakan kernel terkini semestinya terbaik kerana terdapat banyak penambahbaikan. +1

9. Lubuntu Software Center untuk memudahkan pasang dan buang aplikasi. +1

10. Kesemua aplikasi dikemaskini ke versi terbaru. +1

10 daripada 10! Kesimpulannya Lubuntu 12.04 LTS adalah salah satu kemaskini terbaik yang pernah dihasilkan oleh Lubuntu selain daripada versi 9.04 yang merupakan salah satu versi Ubuntu paling stabil. Kepantasan dan kestabilan merupakan 2 ciri utama yang saya perlukan bagi sebuah sistem pengoperasian yang baik. Ciri-ciri inilah yang ada pada Lubuntu yang menarik minat saya untuk terus mengunakan distro ini.

#zairo

Sunday, April 1, 2012

340. Linux and LCD Projector

Sebenarnya banyak lagi eksperimen yang saya hendak buat untuk projektor LCD ini. Akan tetapi saya terpaksa rumuskan sekarang juga untuk memberi fokus kepada Java untuk Android di hari-hari mendatang.

Linux dan pencetak boleh dikatakan sudah tiada isu sekarang ini. Linux dan wireless juga tiada isu. Linux dan kabel juga tiada isu. Linux dan Projektor LCD pula bagaimana?

Ubuntu versi sebelum-sebelum ini, agak pelik juga cara sambungan dengan projektor LCD iaitu biasanya perlu restart dahulu baru dapat sambungan dengan projektor LCD.

Lubuntu 10.10 ini pengalaman pertama saya mengunakan projektor LCD tiada apa-apa berlaku apabila projektor LCD disambungkan. Rupa-rupanya hasil carian di Google didapati kita perlu buka Preferences > Monitor Settings dan klik checkbox pada 'Turn On' barulah paparan komputer dipaparkan pada skrin layar.

Ya Linux dan Ubuntu semakin memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada padanya. Juga setiap kelebihan yang ada juga diperbaiki dari semasa ke semasa untuk memberikan pengalaman yang lebih sempurna apabila mengunakan komputer.

Kalau dulu Ubuntu mengunakan setting xorg.conf tetapi kini xrandr digunakan yang boleh diubah setting mengunakan GUI atau pun terminal. Juga sambungan dual monitor atau lebih juga boleh disetting mengunakan xrandr sama ada terminal atau pun GUI. Untuk GUI lebih selesa mengunakan grandr yang boleh dipasang mengunakan apt-get install grandr.

Banyak perkara yang Linux boleh lakukan cuma kita sahaja yang tidak tahu caranya. Caranya juga selalunya sedikit susah kerana banyak langkah-langkah yang perlu dibuat namun ini dari semasa ke semasa akan cuba dipermudahkan untuk pengguna. Saya sendiri pun akan mengalami kesusahan jika terlalu banyak konfigurasi untuk pemasangan sesuatu aplikasi. Kebarangkalian kepada kesilapan adalah sangat tinggi dan kegagalan pemasangan aplikasi juga berkadar terus.

#zairo