Wednesday, January 2, 2013

366. Twenty13

Sempena tahun baru 2013 ini bagus diimbas apa yang telah berlaku sepanjang 2012 dalam kehidupan saya.

1. Mencabar diri sendiri mempelajari Java. Akhirnya setelah 8 bulan mempelajari Java daripada rakan sekerja dan mencari maklumat di Internet, boleh dikatakan saya dapat mengunakan Java dengan baik. Kesimpulannya Java memang sukar dan tidak pernah sama seperti PHP. Saya terpaksa melupakan bahasa pengaturcaraan PHP apabila membuat kod Java. Masa mula-mula selalu tersasul juga terutama apabila isytihar pemboleh ubah dan array. Tapi lama kelamaan sudah jadi perkara biasa.

2. Saya belajar mengunakan merge dan branch dalam GIT. Saya telah mengunakan GIT sejak lebih 2 tahun lalu tapi baru kini saya dapat menyelami selok belok GIT dengan lebih baik. Saya juga dapat mengunakan terminal untuk git pull, git commit dan git push.

3. Saya berjaya siapkan asas kepada Zairotask sebelum tahun baru. Zairotask merupakan aplikasi global yang menjadi impian saya untuk dilaksanakan. Setelah 3 aplikasi saya bercorak local, saya teringin pula mempunyai aplikasi global.

4. Terdapat beberapa perkara berkaitan kerja yang saya belajar juga. Setiap projek baru ada sahaja cabaran baru dan banyak belajar perkara baru.

5. Selain daripada Zairotask, tahun 2012 juga mulanya saya mengeluarkan aplikasi Zairopray. Dari situ saya belajar tentang tulisan Arabic mengunakan Inkscape dan GIMP, doa harian dan lain-lain.

6. Tahun ini juga saya banyak pergi latihan dan seminar dan satu daripadanya di Bangkok. Banyak juga yang saya belajar setelah melihat negara orang. Paling saya suka adalah latihan inovasi yang selepas latihan itu antaranya adalah saya mempunyai banyak idea untuk Zairopray dan telah pun dikemaskini Zairopray seperti yang sedia ada pada hari ini.

7. Tahun 2013, saya bercadang untuk mengilap Zairotask. Zairopray dan Zairoliday boleh dikatakan sudah siap untuk digunakan sehari-hari. Zairoute pula memerlukan masa tertentu untuk melihat kembali apa yang perlu ditambah.

8. Membuat aplikasi atau pun sistem adalah hobi dan juga kerjaya saya. Ada kalanya saya terlalu berlebih-lebihan membuat aplikasi sehingga ianya sentiasa bermain dalam fikiran saya. Ada masa perlu berehat juga di mana saya bercadang untuk pulang ke kampung dalam masa terdekat ini. 

9. Salah satu latihan yang banyak membantu adalah permainan catur yang melatih minda untuk berfikir secara analitik. Saya masih bermain catur dari semasa ke semasa tapi tidak serius seperti masa pertandingan.

10. Antara perkara penting saya belajar dari tahun 2012 adalah membuat keputusan yang bijaksana daripada masalah yang berlaku. Kesilapan membuat sesuatu keputusan boleh menyebabkan masa akan dibazirkan termasuk kos. Tidak semua perkara boleh dibuat dengan PHP. Ada perkara perlu diselesaikan mengunakan JSP dan lain-lain. Kesilapan membuat keputusan juga boleh menyebabkan kegagalan sesuatu projek.

#zairo