Saturday, February 8, 2014

392. Hello Moto

Saya baru trade-in Galaxy Nexus dan bertukar kepada Moto G, sebuah telefon pintar bajet yang dikatakan sangat berbaloi untuk dibeli kerana ciri-ciri telefon ini yang dikatakan 2 kali ganda daripada harga yang ditawarkan.

1. Berharga RM788 namun setelah trade-in Gnex dengan harga RM350 saya perlu membayar RM446 (termasuk RM8 iaitu 2% cas servis kerana membayar mengunakan kad bank)

2. Kamera boleh ditangkap dengan menekan pada mana-mana bahagian dalam skrin. Ciri ini tiada dalam Gnex yang perlu menekan pada butang maya pada bahagian tengah bawah.

3. Telefon pintar ini datang dengan pilihan 8GB atau 16GB sahaja untuk memori dalaman di mana saya memilih 16GB yang berbeza RM100 daripada 8GB. Ciri lain adalah skrin 4.5 inci/720p, Android 4.3 yang boleh dinaiktaraf kepada 4.4.2, pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon dan kamera 5MP untuk kamera belakang dan 1.3MP untuk kamera hadapan.

4. Kekurangan pada telefon pintar ini adalah tiada sokongan 4G/LTE menjadikan HSPA+ sebagai kepantasan utama. Tiada sokongan memori luaran tidaklah menjadi masalah besar kerana 8GB pun terlalu besar untuk digunakan bagi kebanyakan orang.

5. Terdapat 2 aplikasi daripada Motorola iaitu Assist dan Motorola Migrate. Assist menarik untuk digunakan kerana ciri auto silent untuk setiap malam dan juga ketika mesyuarat yang digabung dengan Google calendar. Motorola Migrate tidaklah saya gunakan kerana ianya untuk pindah data daripada telefon pintar lama ke telefon pintar baru. Telefon pintar lama boleh sama ada Android atau iPhone.

6. Kenapa saya bertukar kepada Moto G adalah satu persoalan yang menarik. Galaxy Nexus bukan sahaja tidak mendapat sokongan Kit Kat malahan menjadi lengah masa apabila menutup kebanyakan aplikasi berlaku 2-3 menjak ini. Selain itu mesej baru kadang-kadang tidak popup sejak wujud integrasi antara aplikasi SMS dengan aplikasi Hangouts. Mungkin saya perlu format semula OS akan tetapi harga yang ditawarkan oleh Moto G sangat berbaloi untuk tidak dibiarkan berlalu tanpa membelinya. Selain daripada 2 masalah itu, Gnex kekal menjadi antara telefon pintar yang terbaik pernah saya miliki.

7. Moto G tidak boleh dikeluarkan bateri. Ini merupakan telefon kedua saya daripada model Motorola. Telefon terdahulu adalah lama dahulu saya beli sebelum wujudnya iPhone dan Android. Ianya rosak pada bahagian suara apabila menerima atau membuat panggilan setelah terkena hujan. Setelah dibaiki dengan waranti saya terus menjualnya dan membeli telefon yang lain. Moto G kalis air sekurang-kurangnya selama 30 minit dan ini merupakan ciri penting yang harus ada pada telefon pintar.

8. Moto G mengunakan stok vanila Android di mana tiada integrasi UI dilakukan. Ini mirip kepada telefon pintar Nexus yang biasanya digunakan oleh pembangun aplikasi Android untuk menguji aplikasi mereka. Oh ya, audio dalam Moto G lebih kuat daripada Gnex yang 'terkenal' dengan audio yang tidak terlalu kuat.

9. Moto G (RM788, Feb 2014, Android 4.3 boleh dinaiktaraf kepada 4.4 Kitkat) merupakan telefon pintar Android ke-5 saya selepas
a. Sony Xperia X8 (RM650, Apr 2011, Android 2.1 Eclair),
b. Galace Ace (RM850, Sep 2011, Android 2.2 Froyo),
c. Galaxy W (<1k Dec 2011, Android 2.3 Gingerbread) dan
d. Galaxy Nexus (RM1148, Sep 2012, Android 4.0 ICS, boleh dinaiktaraf kepada 4.1-4.3 Jelly Bean).

10. Telefon bimbit yang paling mahal saya pernah beli adalah N900 yang berharga melebihi RM1.5k.

#zairo