Saturday, July 5, 2014

397. Dalam Pencarian

1. Masih lagi dalam penyiapan kufi Arabic. Kufi roman saya berjaya siapkan cuma dalam beberapa jam akan tetapi kufi Arabic jauh lebih sukar. Ianya tidak boleh mengunakan auto kerning dan terdapat ligature yang perlu dibuat untuk huruf tertentu.

2. Terdapat beberapa aplikasi typeface yang telah saya cuba sama ada dalam talian atau luar talian. Banyak sebenarnya yang saya cuba tapi masih belum menemui yang terbaik untuk saya gunakan yang menyokong kerning dan ligature.

3. Terdapat banyak istilah dalam typeface. Antaranya adalah kerning, leading, tracking dan ligature. Kerning adalah jarak di antara 2 huruf yang bersebelahan iaitu kiri dan kanan, leading adalah jarak antara dua huruf atas dan bawah manakala tracking adalah jarak antara perkataan. Ligature adalah 2 atau lebih huruf yang bersebelahan di tukar kepada huruf baru contohnya fa bertemu alif 5 bar akan bertukar menjadi fa dan alif 7 bar.

3. FontForge menjadi aplikasi utama saya kerana selain daripada percuma ianya lengkap dengan segala yang perlu dilakukan pada typeface.

4. FontLab Studio adalah aplikasi pro yang berharga USD999 yang didatangkan untuk platform Windows dan Mac. Ianya boleh digunakan untuk membuat kerning dan ligature.

5. Syarikat yang mengeluarkan FontLab Studio menyediakan 2 lagi aplikasi seumpamanya iaitu Fontographer dan TypeTool. FontLab Studio untuk pro, Fontographer untuk pereka grafik dan TypeTool untuk hobi.

6. Fontographer mempunyai modul yang lebih banyak daripada TypeTool tetapi kurang berbanding FontLab Studio dan berharga USD399

7. TypeTool tidak menyediakan kerning. Ianya menyediakan fungsi asas yang terdapat dalam FontLab Studio dan berharga USD49.99.

8. Hasil akhir typeface selalunya adalah .ttf (TrueType) atau .otf (OpenType). Kedua-duanya boleh dipasang pada Linux, Windows dan Mac. Untuk rekod, format ttf dibuat oleh Apple Inc manakala Microsoft menghasilkan format otf.

9. Saya masih lagi dalam penyiapan kufi Arabic. Typeface bukanlah bidang pengaturcaraan malah adalah bidang rekaan grafik namun minat dalam kufi membawa saya kepada satu dunia yang mencabar tetapi menarik untuk diterokai.

10. Dengan membuat typeface tidaklah menjadikan saya seorang pereka grafik yang hebat akan tetapi ianya memberikan saya satu nilai tambah dan pemahaman yang betul dalam senireka kufi dan typeface.

#zairo