Wednesday, January 14, 2015

403. Truly Linux

1. Zairotask telah ditambah dengan fungsi kamus dengan data sebanyak 2801. Data diperolehi daripada New General Service List di mana data tersebut merangkumi 90% daripada Cambridge English Corpus jika dikira bersama kata kembangannya seperti kata akar play boleh dikembang kepada played, player, playing dan sebagainya.

2. Zairotask juga ditambah fungsi recurrence iaitu untuk perkara yang berulang boleh diletakkan pilihan harian, mingguan, bulanan, tahunan dan lain-lain untuk mengelakkan kemaskini due date pada data yang sama kerana ianya akan dilakukan secara automatik oleh aplikasi.

3. Zairotask juga ditambah indikator mengikut masa untuk hari ini dan esok. Ini sangat berguna untuk ada banyak perkara perlu dibuat dalam masa satu hari yang sangat sibuk. Warna indikator hijau akan bertukar kepada merah jika masa sudah berlalu melebihi satu jam.

4. Saya mengunakan 2 simcard sekarang ini dan jika dapat membeli Ubuntu Phone maka satu lagi simcard boleh digunakan dalam Ubuntu Phone (Alasan). Lagi pun mengunakan 2 simcard di dalam Moto G menyebabkan kuasa ketahanan bateri berkurangan sedikit berbanding mengunakan satu simcard.

5. Menarik untuk diketahui apabila Ubuntu Phone mengunakan pendekatan berbeza dalam telefon pintar. Boleh dikatakan Ubuntu selalu mengunakan teknik yang belum pernah digunakan oleh pengeluar yang lain. Contoh mudah adalah Ubuntu yang mengunakan menu di sebelah kiri secara menegak yang juga digunakan dalam Ubuntu Phone. Ini berbeza dengan Windows yang mengunakan Menu mendatar di bahagian bawah dan Mac mengunakan Menu mendatar di bahagian atas. Gesture Ubuntu juga adalah tersendiri dalam Ubuntu Phone yang boleh dikatakan sangat unik dan menarik.

6. Semasa saya memasang Ubuntu Phone dalam Galaxy Nexus sebelum ini, ianya lengah masa kerana masih lagi belum dioptimasikan sepenuhnya dan menarik untuk dilihat sejauh mana pengalaman mengunakan Ubuntu Phone yang merupakan satu-satunya telefon pintar yang benar-benar Linux. Android juga Linux namun ianya banyak membuang komponen dalam Linux berbanding Ubuntu Phone.

7. Saya percaya kebanyakkan perkara boleh dibuat dengan selesa mengunakan pelayar web seperti Twitter, Facebook, Gmail, Whatsapp, membaca blog, surat khabar dan sebagainya tanpa memerlukan aplikasi. Walau pun dengan aplikasi yang sedikit contohnya Nokia N900 yang saya pernah gunakan begitu selesa digunakan dengan kebanyakkan aplikasi dibuka dalam pelayar web sahaja.

8. Saya masih mengunakan Android dan mengemaskini Zairotask untuk Android. Mengikut firasat saya Android akan terus menerajui industri telefon pintar ditambah pula dengan ura-ura untuk mengabungkan Chrome OS dengan Android menjadikan Android mampu digunakan dalam laptop.

9. Sebagai pengguna sistem pengoperasian Ubuntu sejak 6 tahun lalu, sudah semestinya menarik untuk mengunakan Ubuntu Phone. Walau pun versi pertama, pastinya kelainan yang dibawa oleh Ubuntu Phone menjadikan ia salah satu telefon pintar yang sangat menarik untuk dimiliki untuk tahun ini.

#zairo