Saturday, June 4, 2016

428. Lain Darab

1. Baru selesai penyiapan modul kalkulator mudah yang mengandungi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ianya satu pengalaman yang istimewa kerana ianya tidak semudah yang disangkakan.

2. Selain daripada fungsi asas tersebut, terdapat juga buka dan tutup kurungan, kuasa n dan juga peratus. Ianya merupakan kalkulator asas yang saya tidak bercadang untuk menjadikannya kalkulator saintifik.

3. Terdapat juga salin teks dan kongsi teks di mana soalan dan jawapan boleh dikongsi dalam aplikasi lain.

4. Terdapat nombor daripada 0 hingga 9 dan titik perpuluhan.

5. Juga terdapat butang 'reset' dan 'undo'.

6. Ini menjadikan keseluruhan adalah sebanyak 24 butang kesemuanya.

7. Jika anda membuat operasi secara salah seperti 2x/3= maka 'Error' akan dipaparkan sebagai jawapannya.

8. Setelah anda menekan butang sama dengan, jawapan akhir akan dipegang untuk disambung dengan operasi berikutnya jika ada. Jika anda mahu membuat operasi baru maka anda bolehlah menekan butang 'undo' seterusnya meneruskan operasi baru.

9. Titik perpuluhan maksima adalah sebanyak 9 sahaja. Kalkulator Google mempunyai 10 titik perpuluhan manakala aplikasi kalkulator saintifik Mathdroid mempunyai 16 titik perpuluhan.

10. Kalkulator asas hasil daripada permintaan seorang rakan yang memerlukannya untuk mengira harga sesuatu produk setelah ditolak dengan diskaun. Terdapat banyak kalkulator di dalam Google Play namun saya lebih selesa menggunakan aplikasi sendiri di mana ianya tiada gambar iklan dan percuma.

11. Membangunkan aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama yang banyak terdapat di pasaran tidaklah menarik. Jika ada perbezaan dari segi fungsi yang ditampilkan ianya baru dikira istimewa. Jika tidak, ianya tidak ubah sekadar hanya aplikasi lain yang menawarkan fungsi yang sama seperti aplikasi-aplikasi lain. Bagi saya, kalkulator mudah dalam Zairotask mempunyai fungsi yang tersendiri seperti boleh menyalin teks ke dalam aplikasi-aplikasi yang lain di samping memaparkan sejumlah butang yang ringkas.

#zairo