Friday, September 2, 2016

431. Kias Fansuri

1. Syukran, akhirnya berjaya menyiapkan typeface Jawi Kufi mengikut semua spesifikasi kufi linear dalam FoKS, InshaAllah. Ianya boleh didapati secara percuma di github.com/zairochess dan fontspace.com/psudo/jawi-kufi.

2. Typeface Jawi Kufi versi 4.3 ini saya gunakan dalam Rumi ke Jawi Kufi Converter. Rumi ke Jawi pun sudah okay cuma saya lebih sukakan kelainan dengan kufi.

3. Dalam proses menyiapkan Jawi Kufi Converter, banyak idea yang datang bertamu lalu saya pun menyiapkan modul-modul seperti Kalkulator Asas, Kufi Editor, Quran Bookmark dan lain-lain.

4. Kalau diikutkan memang macam-macam perkara yang ingin disiapkan akan tetapi tidak semua perkara dapat dibuat disebabkan kekangan masa. Hanya perkara yang dianggap penting sahaja akan diberi keutamaan manakala perkara lain dibiarkan sahaja berlalu dalam keterpaksaan.

5. Jawi Kufi Converter sedang dan akan disiapkan secara pesat dari semasa ke semasa namun saya tidak dapat menjangkakan bila ianya akan disiapkan. Kalau sebelum ini saya menumpukan kepada pembangunan Zairopray, kini saya akan memberi tumpuan kepada aplikasi Zairotask modul Jawi Kufi.

6. Terdapat 19 peraturan dalam Pedoman Jawi (DBP) yang perlu disiapkan dan sebahagiannya telah pun berjaya disiapkan, Alhamdulillah.

7. Sebenarnya saya telah pun ada perancangan untuk aplikasi baru yang ingin disiapkan selepas Jawi Kufi Converter namun semuanya perlu dibuat pengikut turutan.

8. Aplikasi yang saya bangunkan selalunya berkisar dengan algoritma dan kurang memberi tumpuan kepada kemasan antara muka dan bolehlah dianggap sebagai pendokong antara muka minimalis.

9. Untuk apa saya membangunkan semua ini? Kegunaan sendiri. Kalau orang lain berminat menggunakannya saya amat berbesar hati.

10. Menggunakan aplikasi orang lain adalah cara termudah namun tidak semua aplikasi dikemaskini dari semasa ke semasa dan lengkap seperti yang kita inginkan. Pilihan yang ada adalah sama ada meminta para pembangun aplikasi tersebut mengemaskini aplikasi mereka atau pun saya sendiri membangunkannya sendiri aplikasi yang diperlukan.

#zairo