Saturday, October 1, 2016

432. Nougat

1. Zairoute telah menurunkan sauhnya setelah saya membuat satu keputusan sukar untuk menamatkan aplikasi tersebut untuk memberikan fokus kepada aplikasi Jawi Kufi.

2. Zairopray pula telah dibuang modul masjid berhampiran dan kalendar. Kalendar walau bagaimanapun masih ada di aplikasi Zairoliday yang memaparkan kalendar cuti umum dan cuti sekolah.

3. Rombakan ini perlu demi memberikan fokus yang lestari kepada usaha penyiapan Jawi Kufi.

4. Terfikir pula untuk membeli Motorola G4 Plus yang boleh ditingkatnaik kepada Android Nougat 7.0, akan tetapi setelah diteliti, ditimbangtara dan diselidiki, saya menetapkan untuk mengekalkan dengan Moto X generasi kedua ini yang saya beli hujung tahun lepas yang belum pun sampai setahun jagung.

5. Sebenarnya apa yang kita buat hari ini perlu diambil kira sekurang-kurangnya 5 tahun ke hadapan. Ini akan memberikan kita langkah yang lebih bergaya dan memberikan impak maksima kepada apa yang ingin kita lakukan.

6. Mungkin saya akan membeli telefon pintar Ubuntu yang lama saya tangguh kerana menantikan model yang lebih berdaya saing. Menarik mengenai telefon pintar Ubuntu adalah kemaskini yang tiada batasan untuk sebarang model telefon pintar Ubuntu. Dalam Android, jika telefon pintar tersebut telah lebih 18 bulan bermakna tiada sokongan rasmi untuk tingkatnaik dan memerlukan sokongan pihak ketiga yang caranya sedikit sukar untuk pengguna biasa malah saya
sendiri tidak mencubanya.

7. Ada beberapa perkara telah saya automatikkan untuk memudahkan kerja. Contohnya menyimpan semua bookmark dalam pelayar Chrome dengan klik kanan pada salah satu tab > Bookmark all tabs. Untuk membuka semua tab chrom saya menggunakan klik kanan > Open All Bookmarks.

8. Untuk terminal pula saya membuat bash skrip untuk membuka beberapa tab yang saya perlukan dengan satu arahan terminal yang terdapat dalam menu yang juga saya skripkan.

9. Untuk menutup semua aplikasi pada laptop pula saya mengunakan arahan F4 beberapa kali yang terdapat secara default dalam Ubuntu sehingga semua aplikasi ditutup.

10. Telefon pintar Firefox OS telah menutup tirai. Adakah Ubuntu akan melakukan perkara sama amat menarik untuk diperhatikan. Bagi saya telefon pintar Ubuntu sangat menarik dengan apa yang ditawarkan seperti tingkatnaik tanpa sebarang had 2 tahun dan ini memberikan lebih nilai kepada pengguna. Dalam banyak aplikasi yang dipasang dalam telefon pintar, cuma beberapa aplikasi sahaja yang giat diguna setelah beberapa bulan masa berlalu daripada kali pertama membeli telefon pintar baru. Telefon pintar sepatutnya memudahkan hidup anda dan bukannya menyusahkan hidup anda.

#zairo