Tuesday, November 1, 2016

433. Moto G4 Plus

1. Kalau Moto X yang saya gunakan sebelum ini cakera keras 16GB, Moto G4 Plus mempunyai cakera keras 32GB. Untuk kegunaan saya rasanya 16GB sudah memadai kerana saya bukanlah seorang yang suka mengambil gambar yang kerap.

2. Pemproses 8 teras berbanding Moto X menggunakan 4 teras. Dapat dirasakan untuk membuka aplikasi ianya lebih cepat daripada telefon Moto X yang saya pernah gunakan. Walau pun begitu, saya masih menggunakan Facebook Lite untuk penjimatan data dan kecepatan mengeluarkan data.

3. Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP. Salah satu kekuatan Motorola adalah keupayaan kamera yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

4. Buka telefon dengan menyentuh pada butang petak di bahagian bawah. Setakat ini saya hanya menggunakan ia untuk buka telefon dengan lebih bergaya dan selesa. Tutup telefon pula saya menggunakan aplikasi Lock.

5. Saya hanya perlu membuat sandaran kepada wallpaper, custom ringtone, custom notification, zairotask family tree dan data juga gambar. Selepas semuanya disalin ke dalam Moto G4, ianya sudah lengkap untuk saya gunakan seperti sedia kala.

6. Saiz skrin 5.5 inci tidak dirasakan besar disebabkan oleh lebarnya lebih kurang sama dengan Moto X cuma panjang yang dibezakan di mana saiz Moto X 2014 ialah 5.2 inci.

7. RAM 3GB berbanding 2GB Moto X 2014 tentunya memberikan lebih keselesaan namun kebiasaan saya yang lebih suka kill app berbanding tutup aplikasi mungkin tidak memberikan perbezaan yang ketara di situ.

8. Setakat ini Moto G4 Plus masih lagi dengan Android 6.0.1. Kebiasaannya untuk Motorola adalah menunggu sehingga X.0.1 barulah kemaskini dilancarkan untuk telefon pintar terpilih.

9. Moto G4 Plus berbeza dengan Moto G4 adalah kamera belakang 16MP berbanding Moto G4 dengan 13MP. Ciri-ciri lain adalah sama. Saya suka dengan ciri pilihan untuk tekan pada mana-mana bahagian skrin untuk mengambil gambar. Ini memberikan lebih keselesaan untuk menghasilkan gambar yang diambil adalah berkualiti.

10. Secara keseluruhannya, ianya adalah sebuah telefon pintar yang menarik hati daripada Lenovo/Motorola. Dengan harga RM1199 termasuk GST, ianya satu pelaburan yang berbaloi untuk anda gunakan dalam kehidupan harian. Kalau tidak kerana kemaskini Moto X yang menyebabkan suara telefon tidak kedengaran dalam mod biasa, saya masih membuat keputusan yang sama iaitu untuk membeli telefon pintar ini kerana saya sudah biasa dengan Motorola melalui 2 telefon terakhir yang saya gunakan iaitu Moto G siri pertama dan Moto X siri kedua.

p/s #1 Satu perkara menarik adalah penjimatan bateri di mana doze mod dikatakan juga berlaku semasa tutup skrin. Ini berlaku pada Nougat yang masih belum didapati dalam Moto G4 Plus saya.

p/s #2 Mengecas bateri sangat pantas untuk mencapai 75% dalam 20 minit sahaja. Namun untuk capai 100% itu mengambil masa sedikit lama. Setakat digunakan bateri mampu bertahan seharian sehingga malam walau pun berada di luar kawasan.

p.s #3 Moto G4 Plus dibekalkan bersama pengecas dengan wayar USB yang boleh ditanggalkan berbanding Moto X 2014 yang diberikan pengecas dan wayar USB berasingan. Apa pun, menggunakan wayar USB original memudahkan kerja pengaturcara untuk menguji aplikasi terus ke telefon pintar Android.

#zairo