Sunday, March 12, 2017

437. Zboard

1. Google Keyboard (Gboard) dalam telefon pintar saya ada kalanya mengalami crash hingga apabila itu berlaku papan kekunci maya menjadi blank. Macam mana hendak taip jika tiada papan kekunci?

2. Lalu saya mencari aplikasi pihak ketiga di mana saya mencari papan kekunci paling ringkas sahaja untuk saya gunakan. Saya memasang papan kekunci ala iPhone. Ianya menarik kerana ringkas tetapi ada tangguh masa antara tekan papan kekunci dah dipaparkan dalam skrin. Ini menjadikan apa yang ditaip lain dan apa yang keluar adalah lain.

3. Kemudian saya menggunakan SwiftKey Keyboard yang boleh dikatakan papan kekunci maya paling popular dan telah dibeli oleh syarikat Microsoft pada Feb 2016. Disebabkan saya cuma memerlukan fungsi ringkas tanpa ada auto cadang dan sebagainya, ianya masih tidak menepati keperluan saya.

4. Saya kemudiannya memasang Slash Keyboard yang juga ringkas cuma ada satu butang Slash untuk pelbagai fungsi seperti kongsi youtube, icon dan sebagainya. Cuma ianya ada lenggah masa apabila menekan papan kekunci maya dengan pantas.

5. Disebabkan terlalu banyak typo apabila menaip pantas, saya merasakan lebih baik cuba membuat papan kekunci maya sendiri. Sebelum ini ada juga beberapa percubaan untuk membuat papan kekunci sendiri tetapi gagal.

6. Tapi tidak mengapa #brocuba untuk kali ini mana tahu boleh menyiapkannya. Rujukan yang saya cuba adalah https://code.tutsplus.com/tutorials/create-a-custom-keyboard-on-android--cms-22615.

7. Hasilnya saya berjaya menyiapkan papan kekunci maya sendiri, Alhamdulillah. 

8. Papan kekunci yang saya buat adalah ringkas sahaja iaitu mengandungi alphabet 
a. a - z 
b. A - Z 
c. 0 - 9
d. karakter khas iaitu , . # dan '
e. Butang ruang, padam dan ok.
f. Butang Caps Lock.

9. Papan kekunci ini mengandungi 9 colum dan 5 baris yang di luar daripada kebiasaan di mana biasanya mengandungi 10 column dan 4 atau 5 baris. 9 baris untuk memastikan saiz setiap kekunci adalah lebih lebar dan ini memudahkan untuk menaip dengan kurang typo.

10. Akan lebih menarik apabila papan kekunci ini digabungkan dengan modul Jawi Kufi akan tetapi itu belum lagi difikirkan secara serius buat masa ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan cabaran untuk saya terus berkarya dalam medium Android.

p/s To be fair, I noticed some lag sometimes only on Whatapps for all the keyboards I test including mine.



#zairo