Sunday, September 17, 2017

445. That's It

1. Akhirnya saya selesai menyemak data A hingga Z berjumlah hampir 10,000 perkataan untuk aplikasi Jawi Kufi dan ini bermakna sudah selesainya asas kepada aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi.

2. Mungkin saya telah meletakkan satu 'benchmark' yang tinggi kepada aplikasi seperti ini akan tetapi itulah yang perlu ada kerana jika sebaliknya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

3. Saya juga telah menambah panduan pengguna, panduan papan kekunci Rumi dan panduan papan kekunci transliterasi untuk memudahkan pengguna menggunakan aplikasi Jawi Kufi.

4. Juga ditambah 7 kekunci baris untuk papan kekunci Jawi menjadikan Transliterasi, Jawi dan Rumi mempunyai papan kekunci penuh dan pilihan bersaiz besar.

5. Setting papan kekunci yang dipilih disimpan dalam SharePreference supaya setiap kali membuka papan kekunci akan memaparkan setting semasa yang dipilih.

6. Imbuhan perkataan juga telah ditambahbaik dan ini merupakan bahagian paling payah dalam aplikasi papan kekunci untuk memastikan ianya dapat memaparkan output seperti yang sepatutnya.

7. Jumlah perkataan dalam kamus aplikasi Jawi Kufi kurang daripada 3,500 perkataan kerana banyak perkataan dijana menggunakan formula.

8. Susunan Rumi dalam aplikasi Jawi Kufi adalah mengikut susunan dalam laptop.
Rumi dalam laptop / Gboard / Jawi Kufi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Q W E R T Y U I O P
A S D F G H J K L
caps Z X C V B N M del

9. Susunan Jawi dalam aplikasi Jawi Kufi adalah mengikut susunan dalam laptop dengan pengubahsuaian cuma pada
a. Huruf dal dipindahkan daripada baris 3 kepada baris 1 untuk menjadikan 11 kekunci per baris.
b. Lam alif digugurkan kerana boleh dihasilkan menggunakan huruf lam dan alif.

Jawi dalam laptop
 ذ
 د ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
ظ ز و ة ى ﻻ ر ؤ ء ئ

Jawi dalam Gboard
 ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
د ظ ز و ة ى ر ؤ ء ذ
             
Jawi dalam Jawi Kufi                    
إ أ ٴ چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ ذ
  ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
  د ظ ز و ة ى ر ؤ ء ئ

10. Special Character dalam Jawi Kufi adalah sama seperti kekunci utama special character GBoard. Beza cuma pada simbol pound sterling oleh Gboard manakala Jawi Kufi menggunakan percentage.
Gboard
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
@ # £ _ & - + ( ) /
  * " ' : ; ! ?

Jawi Kufi
7 8 9 / ( ) %
4 5 6 * @ " :
1 2 3 - # ' &
, 0 . + _ !
  ;       ?

11. Berikut adalah rentetan proses penyiapan aplikasi Jawi Kufi

a. Okt 2015 - Aplikasi Jawi Kufi mula dibangunkan berasaskan web menggunakan plain PHP kerana saya biasa dengan PHP dan ini memudahkan saya membuat segala bagai formula yang diperlukan dalam aplikasi ini. Antara perkataan pertama yang diuji adalah terima kasih dengan tambahan ' pada perkataan te'rima kasih untuk membezakaan e taling dan e pepet. Ini kemudiaannya diatasi dengan data kamus untuk e taling.

b. Daripada plain PHP ditukar kepada CodeIgniter.

c. Daripada CodeIgniter ditambahbaik dengan CSS Bootstrap.

d. Kemudian saya mengubah fikiran dan membuat aplikasi secara luar talian iaitu menggunakan Android untuk menghasilkan aplikasi yang lebih mesra pengguna. Kod-kod PHP ditukar kepada Java Android.

e. Jan 2016 - Saya mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan asas kepada modul Jawi kufi di dalam aplikasi Zairotask.

f. Mac 2017 - Saya mula membuat papan kekunci Jawi di samping masalah papan kekunci default (Gboard) yang kadang-kadang crash membuatkan saya mencuba untuk keberapa kali sebelumnya.

g. April 2017 - Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi mula diluncurkan. Kemudian fungsi Jawi Kufi dibuang daripada aplikasi Zairotask untuk membolehkan fokus diberikan kepada aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi.

h. Sep 2017 - Fungsi asas aplikasi Jawi Kufi telah berjaya disiapkan yang mengambil masa hampir 2 tahun, Alhamdulillah.

12. Banyak yang saya belajar berkaitan tulisan Rumi, Jawi dan kata serapan Arab dan Inggeris. Antaranya saya sudah boleh menaip perkataan Jawi dengan pantas menggunakan papan kekunci QWERTY di dalam laptop hasil daripada 2 tahun menaip Jawi.

13. Hasil daripada minat terhadap Kufi membawa saya kepada dunia Jawi yang tidak pernah saya terokai. Aplikasi Jawi Kufi tidaklah menghasilkan output Kufi (Output Kufi boleh didapati dalam modul Meme dalam Zairotask atau pun font Jawi Kufi). Nama Kufi diguna untuk membezakan nama aplikasi Rumi ke Jawi yang banyak terdapat di Google Play. Ianya lebih kepada minat pengaturcara terhadap Kufi terutamanya Kufi yang menggunakan tulisan Jawi.

p/s Versi semasa aplikasi Jawi Kufi adalah 5.9.

#zairo