Wednesday, April 25, 2018

453. Deep in Thought

1. Kalau tahun lepas saya mempelajari Ansible, tahun ini saya belajar menggunakan Deployer dan MongoDB. Deployer dipelajari secara sendiri manakala MongoDB dipelajari secara sendiri dan juga melalui latihan selama 3 hari.

2. Deployer membolehkan 'zero downtime' semasa mengemaskini aplikasi pada server.

3. $ dep deploy - merupakan arahan untuk mengemaskini pada server setelah git commit dibuat.

4. $ dep rollback - merupakan arahan untuk revert kepada satu versi sebelumnya jika berlaku kesilapan pada kemaskini terbaru.

5. MongoDB mula dibangunkan sejak 2007 dan bermula daripada 'asal boleh' namun kini menjadi salah satu pangkalan data tanpa SQL yang sangat popular ketika ini. Versi 4 yang akan datang dikatakan menyokong ACID yang berupaya menyimpan data secara konsisten.

6. Pangkalan data sumber terbuka yang paling popular yang menggunakan SQL masih lagi MySQL.

7. PostgresQL merupakan pangkalan data sumber terbuka yang mengikut standard seperti Oracle, MS SQL Server dan lain-lain. PostgresQL selalu menjadi pilihan jika beralih kepada sumber terbuka daripada pangkalan data bukan sumber terbuka.

#zairo