Sunday, January 6, 2019

459. Nokia 2.1

1. Tahun baru sudah tiba. Awal tahun ini, ada sedikit masalah dengan telefon Nokia 5 yang saya gunakan sejak 18 bulan lalu iaitu sejak 2 Julai 2017 ini.

2. Saya perasan masalah bateri cepat habis selepas kemaskini Android Security Dec 2018. Mulanya saya menangguhkan kemaskini Android Security Dec 2018 kerana ketika itu peratus bateri sedikit. Selalunya bateri dalam 75% dan ke atas baru saya sedia untuk kemaskini OS atau pun Android Security.

3. Selepas dikemaskini, didapati bateri cepat habis iaitu kurang daripada 4 jam. Ini sangat memeranjatkan saya kerana selama ini saya tidak bawa pengecas Android pun ke pejabat kerana selalunya Android saya dapat bertahan selama lebih 12 jam.

4. Pada mulanya saya mengikut arahan dalam komuniti iaitu mengosongkan cache pada storage dan dapat menambah masa daripada beberapa jam kepada 4 jam.

5. Kemudian saya menukar kepada bateri baru yang berharga RM80 dan didapati Nokia 5 dapat bertahan lebih daripada 12 jam, Alhamdulillah.

6. Masalah lain pula muncul apabila skrin didapati mengalami kerosakan kerana masalah teknikal yang berlaku. Sebelum itu, skrin sudah ada tanda-tanda rosak sedikit namun masih boleh digunakan.

7. Untuk mengantikan skrin paling murah adalah RM180. Ada kedai memberikan servis RM250 dan ada juga sebanyak RM350.

8. Saya memikirkan juga menukar ke telefon baru menarik juga cuma dengan menambah beberapa ratus atau puluh sahaja.

9. Kemudian ditemui ada orang menjual telefon second hand Nokia 2.1 dengan harga RM250 dan saya cuma perlu tambah RM70 daripada harga RM180 berbanding jika saya membaiki skrin LCD Nokia 5. Untuk rekod, harga telefon baru Nokia 2.1 adalah RM415.

10. Nokia 2.1 ada 2 keistimewaan iaitu skrin besar 5.5 inci dan bateri 4000mAh dikatakan mampu bertahan selama 2 hari.

11. RAM 1GB, storan dalaman 8GB, kamera depan 5MP dan kamera belakang 8MP sekadar okay.

12. Saya menunggu Android Pie untuk telefon ini, cia3.

#zairo