Wednesday, October 2, 2019

466. Jawi Pro

1. Kalau sebelum ini ada Mujur Planner Lite dan Mujur Planner, sekarang sudah ada Jawi Transliterasi dan Jawi Pro.

2. Beza antara Jawi Transliterasi dan Jawi Pro adalah Jawi Pro menyediakan transliterasi nama.

3. Harga untuk Jawi Pro cuma RM4.99 sama seperti harga untuk Mujur Planner.

4. Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan untuk Jawi Pro. Sudah sampai masanya untuk saya cuba membangunkan aplikasi yang lain pula.

5. Ada beberapa aplikasi yang berada dalam minda saya untuk dibangunkan dan saya masih belum membuat sebarang keputusan.

6. Kedua-dua aplikasi Jawi ini merupakan antara aplikasi terbaik yang pernah saya hasilkan, Alhamdulillah. Aplikasi ini lebih kepada algoritma berbanding rekaan antaramuka yang cuma ada papan kekunci.

7. Kalau dulu saya pernah mengatakan aplikasi Zairoute merupakan aplikasi terbaik saya. Kemudian saya mengatakan Zairopray adalah aplikasi terbaik saya pula. Kini tentulah aplikasi Jawi ini menjadi penanda aras baru saya untuk saya terus menghasilkan aplikasi yang lebih baik.

8. Berbeza dengan aplikasi-aplikasi lain yang saya bangunkan, aplikasi Jawi dikemaskini hampir setiap hari dan minggu selama hampir 4 tahun untuk memastikan banyak perkataan dapat ditransliterasi secara tepat.

9. Lebih 10 ribu perkataan telah disemak dan ini tidak termasuk perkataan-perkataan yang diperbetulkan dari semasa ke semasa saban hari.

10. Terima kasih kepada semua pengguna aplikasi Jawi saya yang sentiasa menyokong dan memberikan banyak cadangan yang bernas walau pun tak semua dapat saya jelmakan di dalam aplikasi.

#zairo