Tuesday, March 24, 2020

470. En Passant

1. Tahun ini saya fokus kepada Mujur Planner dan Jawi Pro untuk ditambahbaik dari semasa ke semasa.

2. Kemaskini major untuk Mujur Planner akhirnya telah diluncurkan untuk membetulkan apa yang sepatutnya ada dalam sesebuah aplikasi. Misalnya sudah ada popup untuk kebenaran menggunakan storan dan juga lokasi. Juga membetulkan crash apabila anda klik pada sesuatu pautan yang tak sepatutnya diklik. Banyak juga pembetulan yang saya sendiri sudah lupa apa yang telah dibetulkan. Pendek kata, ianya selesa digunakan berbanding sebelum ini.

3. Untuk Jawi Pro, membetulkan perkataan yang salah ejaannya sebahagiannya adalah disebabkan oleh ambiguiti yang diselesaikan dengan data kamus.

4. Perintah Kawalan Pergerakan bermula daripada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 menyebabkan semua orang perlu berada di rumah sepanjang masa dan bekerja secara jarak jauh untuk sesetengah pekerjaan. Pekerjaan yang sangat penting masih perlu diteruskan seperti hospital, polis, tentera, pasaraya dan lain-lain.

5. Selepas 31 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan masih belum diketahui kerana ada kemungkinan diteruskan jika statistik tidak menunjukkan penurunan dari segi angka kematian dan kes baharu.

6. Disebabkan banyak istilah-istilah baru kebelakangan ini, saya sibuk mengemaskini data dalam Jawi Pro. Ianya suatu yang menarik kerana dibetulkan juga perkataan biasa-biasa yang salah ejaan disebabkan oleh ambiguiti yang tidak dapat dielakkan.

7. Bukanlah niat saya untuk mencipta aplikasi yang sempurna kerana untuk mencapai kesempurnaan itu adalah mustahil dan hampir sempurna itulah yang perlu dikejar kerana aplikasi seperti ini memberikan keselesaan untuk digunakan setiap hari.

8. Ketika ini kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu lebih banyak ditulis dengan Rumi berbanding Jawi. Apabila tulisan Jawi menjadi fenomena sebanyak 3 kali pada 2019 dan 2020, ianya menarik minat saya untuk terus mempelajari tulisan jawi dan memperbetulkan ejaan salah dalam jawi Pro hampir setiap hari dan minggu.

9. Ianya adalah proses yang memenatkan akan tetapi sangat berbaloi. Saya juga mencari kebenaran tentang tulisan Jawi yang sebenar untuk sesuatu ejaan.

10. Adakah bahasa Inggeris sesuai dijawikan? Bahasa Inggeris boleh dijawikan cuma lagi banyak homograf berbanding bahasa Melayu. Lagi satu kurangnya rujukan dan panduan untuk Jawi dalam bahasa Inggeris menyukarkan lagi keadaan.

11. Jika semua aplikasi Rumi ke Jawi memberikan ejaan yang salah, masih ada satu aplikasi yang InshaAllah anda boleh harapkan iaitu aplikasi Jawi Pro :)

#zairo

469. Planner Done Right

1. Ada beberapa perkara perlu dibuat dengan betul untuk elak daripada perlu memasukkan data terlalu banyak.

2. Dalam Mujur Planner, data perbelanjaan sahaja perlu dimasukkan. Data pengeluaran wang dari ATM TIDAK PERLU kerana jika ianya dimasukkan perlu ada nilai positif dan negatif untuk masukkan data untuk memudahkan kiraan.

3. Data tambah nilai TNG misalnya, TIDAK PERLU masukkan nilai setiap kali menggunakan kad prabayar tersebut contohnya RM0.90 untuk satu laluan. Apa yang hanya perlu dimasukkan adalah apabila ditambah nilai contohnya RM50.

4. Data berapa jumlah pendapatan juga TIDAK PERLU dimasukkan. Mujur Planner lebih fokus kepada berapa perbelanjaan setiap minggu dan bulan dan seterusnya memudahkan mengenalpasti berapa perbelanjaan setiap bulan dan cara untuk kurangkan perbelanjaan secara berkesan.

5. Perkara paling penting adalah memastikan setiap bulan perlu ada simpanan tetap walau pun sedikit.

#zairo