Sunday, June 14, 2020

472. Ubuntu 20.04

1. Saya baru membeli laptop Lenovo Slim 3 Ideapad 3 berharga RM 1,499 ditambah 4 GB RAM menjadikan keseluruhan 8 GB RAM dengan menambah RM 50 menjadikan total adalah RM 1,549.
RAM: 8 GB
Storan SSD: 256 GB
Pemproses: AMD Athlon Gold

2. Default adalah Windows 10. Seperti biasa saya akan memasang Ubuntu terbaru LTS dan kali ini adalah 20.04.

3. Muat turun Ubuntu 20.04 LTS menggunakan uTorrent.

4. Pasang aplikasi Rufus untuk masukkan ISO image Ubuntu dalam pendrive 4 GB.

5. Masuk ke skrin BIOS untuk tukar susunan kepada USB kemudian baru Windows.

6. Pasang Ubuntu.

7. Icon default pada menu sebelah kiri adalah
a. Firefox
b. Thunderbird Mail
c. Files
d. Rythmbox
e. LibreOffice Writer
f. Ubuntu Software
g. Help

8. Menu sebelah atas kanan ada
a. Speaker
b. Brightness
c. Wifi
d. Battery
e. Settings
f. Lock
g. Power off / Log Out

9. Didapati mod Suspend tidak berfungsi seperti sepatutnya sejak 18.04. Walau bagaimana pun ianya telah berjaya diselesaikan melalui langkah berikut
a. sudo nano /etc/systemd/logind.conf
b. Tukar #HandleLidSwitchDocked=ignore
kepada HandleLidSwitchDocked=suspend
c. Restart laptop

10. Apa pun, secara keseluruhan ianya adalah satu lagi versi terbaik yang pernah dihasilkan oleh pasukan Ubuntu. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kalian.

11. Antara aplikasi yang telah dipasang adalah
Pelayar Sesawang
a. Chrome
b. Firefox (default)

CLI
c. Terminal (default)

Pengurus Fail
d. Files (default)

Pengubah Teks
e. Sublime Text

API Client
f. Insomnia
g. Postman

Permesejan
h. Telegram Desktop

Android Tool
i. Android Studio

SFTP Client
j. Filezilla

Office Suite
k. Libre Office (default)

Server Pembangunan
l. Valet

Database Client
m. HeidiSQL

471. Android One

1. Kalau sebelum ini Google mengeluarkan Android Nexus, sekarang ini ada 3 kategori telefon pintar daripada Google tanpa mengunakan antara muka tambahan daripada pengeluar lain iaitu
a. Pixel Phone - telefon pintar berspesifikasi tinggi
b. Android One - telefon pintar berspesifikasi pertengahan
c. Android Go - telefon pintar berspesifikasi rendah

2. Nama model telefon: Xiaomi A3. Harga RM 699 (Tambah RM 50 untuk 128 GB storan menjadi RM 749)
Ada 1 sahaja aplikasi default daripada Xiaomi iaitu
a. Mi Community (yang boleh dinyahpasang).
Untuk tetapan Mi Services, terdapat 2 tetapan Xiaomi iaitu
a. User Experience Program.
b. Send diagnostic data automatically.

3. Antaramuka: Stok Android.

4. OS: Android 9 dan telah pun dikemaskini ke Android 10.

5. Kapasiti bateri: 4030 mAh.
Pengecasan pantas: 18W. Pengecas pantas yang dibekalkan adalah 10W.

6. Pemproses: Qualcomm Snapdragon 665 4x2.0Ghz 4x1.8Ghz octa-core.

7. Storan dalaman: 128 GB (Tambah RM 50. Default adalah storan 64 GB)
RAM: 4 GB

8. Kamera hadapan: 32 MP
Kamera belakang: 48MP, 8 MP, 2 MP

9. Magnetometer (kompas): Ada

10. Fingerprint: Ada (di atas skrin).

 p/s Saya menukar telefon baru kerana telefon lama sudah tidak cukup storan dalaman (16 GB). Asyik kena clean up data setiap beberapa hari. Storan minima baru yang selesa digunakan untuk Android adalah 32 GB.