Sunday, October 25, 2020

475. Microservices

1. Lama juga tak mengemaskini laman sesawang yang agak bersawang, ahaks. Banyak perkara telah berlaku 3 bulan ini dan berbaloi untuk ditulis di sini untuk dirumuskan pada akhir tahun.

2. Zairoliday versi 4.3.3 baru dilancarkan untuk data 2021. Dalam Zairoliday ada data

a. Cuti Umum Persekutuan

b. Cuti Umum Negeri

c. Cuti Sekolah

d. Cadangan Mohon Cuti. Ini ciri baru yang ditambah bermula tahun 2020.

3. Font Jawi Kufi versi 6.4 dengan harakat juga berjaya disiapkan untuk tahun ini, syukran. Kufi petak free flow dengan harakat adalah jarang-jarang kita lihat dan ini suatu era baru untuk kufi petak free flow.

4. Jawi Pro versi 3.0 secara rasminya telah disiapkan dan dihentikan sebarang penambahbaikan. Saya kira ianya sudah cukup baik untuk digunakan. Kalau pun ada kesilapan pada perkataan yang sering digunakan ianya akan dikemaskini tapi bukanlah sekerap seperti sebelum ini.

5. Saya juga belajar tentang microservice

a. Laravel dipilih berbanding Lumen kerana Laravel ada kemaskini berkala.

b. 1 pangkalan data adalah untuk 1 servis API (1 repositori).

c. Aplikasi mencapai data melalui repositori API gateway.

d. Repositori servis API tidak boleh terlalu banyak kerana jika banyak maka kemaskini Laravel pada repositori pun akan banyak perlu dilakukan apabila sampai waktunya. Selalunya < 20 dan sebaik-baiknya adalah 3-4 repositori sahaja.