Saturday, December 12, 2020

477. Twenty 21

1.  Tahun 2020 seakan berlalu pantas namun banyak juga perkara yang berjaya disiapkan, Alhamdulillah.

2. Fokus tahun ini adalah menambah harakat pada font Jawi Kufi. Selain itu adalah menambahbaik Mujur Planner dan Jawi Pro.

3. Alhamdulillah font Jawi Kufi telah pun dikemaskini dengan harakat setelah memakan masa beberapa bulan juga. 

4. Saya membeli telefon pintar Android One iaitu Xiaomi A3 dengan 

a. RAM 4 GB

b. Storan 128 GB dan 

c. Kamera belakang 48 MP.

5. Saya membeli laptop Lenovo dengan 

a. RAM 8 GB

b. Storan SSD 256 GB dan

c. Pemproses AMD Athlon Gold. 

Semestinya saya memasang Ubuntu LTS versi terkini iaitu 20.04. 

6. Saya mencari satu panduan untuk pengurusan folder untuk setiap perkara dan ringkasnya, cara menyusun fail yang saya gunakan dalam laptop adalah

~/dropoff/biz_{company_name} or {user_name}/done, kiv or wip

7. Menambah emoji pada papan kekunci Jawi Pro. Ini merupakan salah satu ciri yang lama ditunggu-tunggu untuk dimasukkan dalam Jawi Pro.

8. Saya juga belajar tentang microservices untuk persekitaran kerja.

9. Saya juga menyenaraikan 12 aplikasi utama dalam Ubuntu, Mac dan Windows yang telah saya gunakan dalam 2 tahun kebelakangan ini untuk kerja. Untuk laptop peribadi semestinya saya menggunakan Ubuntu.

10. Azam untuk 2021 biarlah masa yang menentukan sama ada aplikasi baru yang mungkin saya bangunkan atau terus menambahbaik aplikasi papan kekunci Jawi Pro yang saya gunakan setiap hari.