Sunday, April 18, 2021

479. Kemas

1. Tahun ini beberapa PENAMBAHBAIKAN telah dibuat untuk Mujur planner

2. Terbaru fungsi ALARM REMINDER sedia ada dalam Mujur planner yang akan berbunyi 15 minit sebelum due date sesuatu subtask. Ianya adalah automatik dan tidak perlu disetkan pun. Default due date adalah bundar kepada jam semasa jadi ianya tiada notifikasi. Kalau ada due date barulah ada notifikasi.

3. Sebelum itu, DUE DATE boleh diset pada nama subtask dan diletakkan pada akhir ayat. Ada 5 cara untuk set due date iaitu
a. YYYYMMDDHHmm
b. YYMMDDHHmm
c. YYYYMMDD
d. YYMMDD
e. HHmm
di mana
Y adalah tahun
M adalah bulan
D adalah tarikh
H adalah jam
M adalah minit
contohnya 2104181500 untuk set due date 18 April 2021 pukul 3 petang.

4. Setiap subtask yang dicipta, default due date adalah diBUNDARkan kepada jam.

5. Fungsi butang LATER ditukar daripada pindah kepada awal bulan berikutnya kepada 7 hari berikutnya.

6. BACKUP dikemaskini untuk simpan pada folder Download memandangkan kod lama sudah tidak boleh digunakan lagi.
 
7. MEDICINE CONSUMPTION dimasukkan dalam schedule supaya tidak perlu tekan butang Migrate setiap hari.

8. Butang CurrentMigrate dan Later hanya KEMASKINI TARIKH sahaja tanpa mengubah masa.

9. Warna merah font adalah aktiviti yg telah lepas. Warna hijau font untuk hari ini. Warna biru font untuk aktiviti esok sehingga akan datang. 

10. Itu antara kemaskini utama yang ada dalam Mujur planner untuk tahun ini. Alhamdulillah, ianya memudahkan Mujur planner digunakan untuk urusan sehari-hari untuk mengingatkan perkara-perkara yang perlu dibuat berkaitan pelbagai lapangan kehidupan, InshaAllah.