Wednesday, November 9, 2022

490. The Year of Linux Desktop

1. Setiap tahun sejak bila saya tak pasti, para pengguna Linux mencari-cari tahun yang boleh dianggap sebagai Tahun Linux Desktop di mana Linux Desktop digunakan secara meluas di seluruh dunia. Linux paling banyak digunakan dalam superkomputer, server, telefon pintar (Android), IOT dan lain-lain kecuali Desktop,

2. Ramai pengguna terutama pengaturcara sudah menggunakan Linux sejak dahulu lagi. Bezanya dengan sekarang adalah lebih banyak aplikasi yang ditawarkan untuk pelbagai platform iaitu Linux, Mac dan Windows. Untuk rekod, saya menggunakan Ubuntu Linux selama ini.

3. Pengubah Teks

2011: Geany

2022: Sublime Text

4. Pelayar Web

2011: Chrome dan Firefox

2022: Chrome dan Firefox 

5. Office Suite

2011: Libre Office

2022: Libre Office

6. Git Client

2011: Git Gui, QGit, GitK

2022: Sublime Merge, Terminal

7. DB Client

2011: Squirrel SQL

2022: TablePlus, Adminer

8. API Client

2012: Postman

2022: Insomnia, Postman

9. Untuk pengguna biasa menggunakan Linux secara beramai-ramai, perlunya ada aplikasi-aplikasi yang sedia ada untuk keperluan pengguna. Aplikasi sedia ada boleh jadi adalah aplikasi yang biasa digunakan dalam platform lain atau pun aplikasi alternatif asalkan ianya berupaya memenuhi keperluan pengguna.

10. Bilakah tahun untuk Linux Desktop?