Friday, July 29, 2011

324. Aplikasi Linux

Masa berlalu dah aplikasi Linux juga begitu. Ada yang masih kekal dalam Ubuntu dan ada yang sudah ditukar baru. Dalam Lubuntu pelayar default adalah Chromium berbanding Firefox yang biasanya wujud bersama pakej default Ubuntu. Downloader for X juga tidak kelihatan lagi yang sebelum ini secara mudah boleh dimuatturun melalui sudo apt-get install d4x lalu bolehlah digunakan MultiGet sebagai aplikasi yang boleh muatturun bersambung-sambung itu.

Disenaraikan 10 aplikasi yang biasa saya gunakan dalam Lubuntu:
1. LAMP - Pakej Apache server, MySQL dan PHP dalam Linux. Dipasang dengan cuma satu baris arahan: sudo tasksel install lamp-server.

2. Pengubah Teks Geany. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install geany.

3. Pelayar Chromium (default) - Mungkin zaman Firefox sudah berlalu kerana ramai sudah mengunakan Chromium. Selain itu, pelayar Opera adalah antara pelayar yang pantas juga.

4. Terminal (default) - macam-macam perkara boleh dibuat di sini daripada ping, ssh, git, mkdir sampai kepada sudo halt. Dulu-dulu kalau stuck saya suka: reboot now. Selalunya berjaya selesaikan banyak masalah. Kadang-kadang bila PC proses startup idea datang, hu2.

5. File Manager PCManFM (default) - menarik kerana boleh buka file daripada partition lain secara terus setelah memasukkan password.

6. Shutter - untuk screenshot. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install shutter.

7. GIMP - untuk mengubah fail gambar. Kalau pakar dalam rekaan grafik sinilah tempat untuk mengasah bakat terpendam. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install gimp.

8. QGIT - Sama seperti GITK (default dalam GIT) untuk melihat history GIT tetapi dengan fungsi copy paste. Semestinya perlulah pasang GIT kalau tidak, tiada maknanya pasang QGIT, hu2. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install qgit.

9. GNOME Mplayer (default) - pemain lagu dan video.

10. LibreOffice - peralatan pejabat. Dipasang mengunakan arahan-arahan berikut:
sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install libreoffice

Ada beribu-ribu aplikasi percuma dalam Linux cuma ini adalah antara aplikasi yang saya selalu gunakan.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 3, 2011

323. Macam-macam Linux

Linux ada beribu-ribu lemon. Hanya beberapa yang pernah saya mencuba dan sebahagian daripadanya berjaya menarik perhatian saya untuk terus gunakan. Mari kita perhatikan variasi Linux yang pernah saya gunakan:

Desktop
1. Ubuntu Desktop
Mengunakan Window Manager GNOME dan baru2 ini dalam versi 11.04 Ubuntu telah mengunakan Window Manager baru iaitu Unity 3D dan Unity 2D yang dibangunkan sendiri oleh Canonical.

2. Xubuntu Desktop
Saya lebih lama mengunakan Xubuntu berbanding Ubuntu kerana Window Manager XFCE dalam Xubuntu lebih laju daripada GNOME dalam Ubuntu.

3. Lubuntu Desktop
Mengunakan Window Manager LXDE, merupakan OS terlaju dalam keluarga Ubuntu. Saya telah mengunakan dalam Macbook dan Macbook Pro dan kedua-duanya sangat sesuai digunakan.

Old PC
4. SliTaz GNU/Linux
SliTaz GNU/Linux sangat sesuai dipasang pada PC lama. Dengan RAM kurang daripada 512 MB iaitu 384 MB atau 256 MB dengan selambanya dapat dilarikan secara pantas dengan ciri-ciri moden hampir sama seperti yang ada dalam Ubuntu.

Server
5. Ubuntu Server
Kebiasaan dalam Ubuntu Desktop memudahkan untuk membuat konfigurasi dalam Ubuntu Server. Tiada GUI merupakan keadaan server yang paling optimum di mana penggunaan tenaga sangat minimum.

6. CentOS Server
Merupakan server percuma yang paling popular dan mempunyai arahan-arahan yang hampir sama dengan Fedora kerana masing-masing merupakan cabang daripada Red Hat.

7. Fedora Server
Inspirasi kepada nama seorang penguji bernama Fina menjadi finafedora. Baru sahaja kahwin dia itu hari ini, tahniah diucapkan. Fedora Desktop digunakan oleh Linus Torvalds dan semestinya satu cabang Linux yang harus menjadi perhatian.

Mobile/Tablet
8. Maemo
Saya pernah mengunakan Maemo yang merupakan sistem pengoperasian dalam Nokia N900, sebuah telefon bimbit yang pernah menjadi telefon bimbit terbaik oleh Nokia sebelum N9 dikeluarkan.

9. Meego
Merupakan gabungan Maemo dan Moblin menjadi Meego. Digunakan dalam Internet Tablet dinamakan WeTab oleh sebuah syarikat di Jerman. Meego juga merupakan salah satu sistem pengoperasian Nokia yang akan mengeluarkan model terakhir Meego iaitu N9 pada akhir tahun ini.

10. Android
Saya mengunakan Sony Ericsson Xperia X8 yang mengunakan Android 2.1. Dengan harga sekitar RM500 hingga RM650 ianya cukup berbaloi dengan apa yang ada dalam Android seperti Twitter client, FaceBook client, email client, Moment Diary, recitation Quran, planner, To-Do List, pelayar internet dan lain-lain.

Linux ada di mana-mana. :)

#zairo