Tuesday, September 27, 2011

327. When Linux Goes Wrong (What You Gonna Do?)

Sebenarnya puji Linux je, hu2. Mari kita lihat apa tindakan yang harus diambil apabila Linux jadi pening. Macam manusia juga ada masa sakit dan demam.

1. Kes berlaku pada Lubuntu: Mesej Ralat: No init found. Try passing init=bootarg.
Ini yang berlaku pagi tadi yang membuatkan saya terkasima sebentar. Tidak semena-mena keluar error message 'File System in read only mode'. Apabila restart laptop, dapat pula mesej ralat seperti di atas. Hasil google daripada telefon bimbit, memerlukan burn CD Ubuntu dan masuk ke dalam Live CD. Kemudian buka terminal dan larikan arahan berikut:
sudo fsck -y /dev/sda3
Cubaan dimulakan dengan sda1, sda2 dan seterusnya hingga ada proses dibuat maka anda telah memilih slot yang betul.
Kemudian shutdown atau reboot dan on semula macam biasa.

2. Kes berlaku pada Lubuntu: Setiap kali reboot atau on semula laptop, ini arahan pertama akan dibuat pada terminal:
sudo xmodmap .Xmodmap
untuk menukar fungsi kunci Control dengan kunci Command. Barulah penggunaan keyboard di laptop Apple lebih selesa. Mungkin ada cara lebih mudah tapi ini salah satu cara yang mudah. Harus diingat kalau laptop lain rasanya tidak memerlukan arahan ini pun.

3. Kes yang berlaku pada Lubuntu: Kadang-kadang anda dapati internet tidak berfungsi dengan klik pada atas kanan ada mesej 'network manager is not running' apabila anda buka laptop setelah laptop berhibernasi. Cara atas dengan buka terminal dan taip:
sudo /etc/init.d/network-manager restart

4. Kes berlaku pada Lubuntu/Xubuntu: Kadang2 ada juga aplikasi yang 'hang' tak tau kenapa. Cara atasi adalah buka terminal dan taip
xkill
kemudian klik pada aplikasi yang 'hang' itu. Nescaya tiada lagi masalah berlaku dah boleh buka semula aplikasi tersebut dan digunakan seperti sediakala.

5. Kes berlaku pada Xubuntu: Panel bar menu hilang secara tiba-tiba. Cara atasi adalah tekan ALT dan F2 serentak untuk buka terminal kemudian larikan arahan
xfce4-panel &

Paling saya suka Linux kerana KELAJUANNYA. RAM 1GB sahaja sudah cukup selesa untuk digunakan dan ini menjimatkan duit kerana hanya memerlukan pembelian laptop pada harga rendah dengan RAM 1GB dan tanpa OS kerana OS akan dipasang sendiri.

Juga kerana malware SUSAH MEREBAK pada Linux, maka anda dapat jimat lagi di situ kerana tidak perlu membeli perisian anti-virus yang perlu dibayar setiap tahun demi mengelakkan daripada terkena malware.

#zairo