Monday, November 28, 2011

330. Zairoliday

Lepas buat Zairoute saya terus buat Zairoliday iaitu senarai cuti umum mengikut negeri dan tahun. Saya buat untuk tahun ini iaitu 2011 dan tahun hadapan, 2012 kerana biasanya kita hanya ingin merancang untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Kemudian banyak lagi aplikasi hendak buat akan tetapi kemalasan melanda diri ini di samping beberapa hal yang lain menyebabkan banyak projek terbengkalai, hu2.

Bila saya sudah setkan sebulan 1 kemasukan bermakna semakin kurang saya akan menulis. Dulu setiap minggu saya akan menulis satu kemasukan.

Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Ada yang suka guna Linux, Mac OS X dan Windows. Ada yang suka Android, iOS, BlackBerry OS dan juga Windows Phone. Semua orang berhak mengunakan apa yang disukai.

Kepelbagaian itu adalah keindahan dalam kehidupan. Apa juga yang dilakukan kita tidak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain. Apa yang penting adalah selesa mengunakan OS pilihan masing-masing.

Sempena Maal Hijrah ini bagus juga memperbaharui azam. Azam saya menjadi semakin kurang sejak meningkat usia ini. Mungkin saya tidak lagi bercita-cita tinggi seperti sebelum-sebelum ini. Apa yang penting adalah harapan dan impian biarlah logik dan mungkin boleh tercapai.

Masa untuk saya melabuhkan sauh.

#zairo

Thursday, November 3, 2011

329. Zairoute

QR Code for Zairoute

Teknologi komputer sudah berubah daripada Desktop PC ke Laptop, kemudian ke Netbook, seterusnya ke telefon pintar dan tablet. Ubuntu juga baru-baru ini dilihat akan mengorak langkah membangunkan sistem pengoperasian untuk digunakan dalam tablet dan telefon pintar dan dijangka akan mula dipasarkan mulai 2014.

Saya menaiki kenderaan awam beberapa bulan kerana dalam proses mendapatkan kembali kereta yang baru jumpa. Saya menaiki bas atau teksi ke stesyen komuter kemudian menaiki komuter jika ada mesyuarat di luar atau pun seminar atau latihan.

Ada sekali, dalam sehari itu saya ditanya bantuan arah oleh 2 orang pelancong asing untuk menaiki tren. Saya pun memberikan maklumat seperti yang sepatutnya. Dari peristiwa itu timbul idea kalau ada satu aplikasi yang boleh digunakan untuk mengetahui arah yang betul untuk menaiki kenderaan awam, alangkah selesa. Dari situ maka lahirlah Zairoute yang memakan masa selama berbulan-bulan juga kerana kemalasan diri ini di samping kesibukan dan keletihan sekali sekala.

Untuk satu jangkamasa yang agak lama saya berhenti seketika daripada menyambung penyiapan Zairoute yang nama asalnya saya panggil My Route. Di satu ketika, rakan sekerja saya telah berjaya dalam satu pertandingan yang disertainya untuk projek barunya dan terus saya bersemangat kembali kerana saya rasa saya juga boleh buat sesuatu yang bermakna untuk penduduk muka bumi, haha.

Sebenarnya malas hendak menulis tapi disebabkan atas permintaan seorang rakan mahukan saya ceritakan sesuatu mengenai Zairoute maka saya pun menulis sesedap rasa, hu2.

Zairoute merupakan maklumat perjalanan gabungan KTM Komuter, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, KL Monorail dan ERL. Terdapat maklumat laluan yang harus diikuti termasuk transit jika ada, tambang untuk perjalanan sehala, tempoh perjalanan yang diambil dari satu destinasi ke satu destinasi dan tempoh masa sistem kenderaan awam tersebut beroperasi untuk hari tersebut.

Zairoute boleh digunakan untuk telefon pintar Android versi 2.1 dan ke atas . Zairoute akan kekal percuma sampai bila-bila. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada kelapangan, InsyaAllah.

#zairo