Monday, November 28, 2011

330. Zairoliday

Lepas buat Zairoute saya terus buat Zairoliday iaitu senarai cuti umum mengikut negeri dan tahun. Saya buat untuk tahun ini iaitu 2011 dan tahun hadapan, 2012 kerana biasanya kita hanya ingin merancang untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Kemudian banyak lagi aplikasi hendak buat akan tetapi kemalasan melanda diri ini di samping beberapa hal yang lain menyebabkan banyak projek terbengkalai, hu2.

Bila saya sudah setkan sebulan 1 kemasukan bermakna semakin kurang saya akan menulis. Dulu setiap minggu saya akan menulis satu kemasukan.

Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Ada yang suka guna Linux, Mac OS X dan Windows. Ada yang suka Android, iOS, BlackBerry OS dan juga Windows Phone. Semua orang berhak mengunakan apa yang disukai.

Kepelbagaian itu adalah keindahan dalam kehidupan. Apa juga yang dilakukan kita tidak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain. Apa yang penting adalah selesa mengunakan OS pilihan masing-masing.

Sempena Maal Hijrah ini bagus juga memperbaharui azam. Azam saya menjadi semakin kurang sejak meningkat usia ini. Mungkin saya tidak lagi bercita-cita tinggi seperti sebelum-sebelum ini. Apa yang penting adalah harapan dan impian biarlah logik dan mungkin boleh tercapai.

Masa untuk saya melabuhkan sauh.

#zairo