Wednesday, January 25, 2012

336. Now What?

Banyak maklum balas yang diterima berkaitan Zairoute dan Zairoliday. Tidak banyak yang dapat saya lakukan kerana saya juga ada aplikasi lain yang ingin disiapkan selepas ini.

Kedua-dua aplikasi tersebut saya bina untuk kegunaan saya juga sebenarnya. Pengalaman di salah satu syarikat saya bekerja yang memerlukan saya membuat kalendar setiap sesi memungkinkan saya memahami selok belok kalendar cuti dengan baik. Di samping itu, banyak juga saya belajar semasa proses penyiapan Zairoliday. Idea asal sebenarnya untuk membuat ianya automatik mengunakan fungsi-fungsi tertentu. Akan tetapi ianya agak mustahil untuk dibuat jadinya kemaskini akan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali.

Zairoute pula adalah pengalaman saya sendiri yang jarang-jarang mengunakan kemudahan pengangkutan awam. Jadinya selalu tersalah arah dan sering terkeliru untuk menaiki tren. Dengan adanya aplikasi seperti Zairoute diharap ianya dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan tersebut di samping memudahkan untuk merancang perjalanan. Juga ada modul Nearby Train Station untuk memudahkan mencari stesen terhampir dengan lokasi semasa mengunakan bantuan GPS, Google Map dan Google Map Turn by Turn Direction.

Kedua-dua aplikasi ini adalah dalam mod luar talian kecuali Nearby dalam aplikasi Zairoute yang memerlukan peranti GPS atau pun Internet untuk mendapatkan lokasi semasa.

Oh ya, ada masalah pada butang carian dalam Android ICS 4.0 untuk kedua-dua aplikasi ini. Ini akan cuba diselesaikan dengan seberapa segera, InsyaAllah.

#zairo

Monday, January 16, 2012

335. Rare Database

Perkara yang belum disiapkan dalam Zairoliday adalah:
1. Data untuk 2013 belum dikemaskini lagi, hu2. KIV.



Perkara yang belum disiapkan dalam Zairoute adalah:
1. Kemaskini pada method untuk sebahagian laluan.
2. Search Nearby Station. Dalam pembikinan. 


Okay semua siap sudah. Yey. Syukran. Banyak perkara sudah disiapkan dengan jayanya namun masih ada perkara-perkara yang belum disiapkan, hu2. 


Kalau boleh semua benda hendak disiapkan semalam juga, hu2. Tapi apakan daya. Ada perkara memerlukan masa untuk disiapkan. Biasanya perkara yang tidak pernah dibuat memerlukan masa untuk disiapkan. Tambahan pula perkara yang susah dan tidak pernah dibuat lagilah memerlukan masa untuk disiapkan atau pun memerlukan bantuan pakar.


Apa-apa pun itu sahaja hendak dicoretkan kali ini. Takda apa pun sebenarnya, kui3. 


p/s Dilema seorang aku kerana masih belum berjaya menyiapkan rare database, hu2.


#zairo

Sunday, January 8, 2012

334. First Entry in Twenty12

Baru perasan tahun ini saya tidak menulis lagi. Lalu mencapai laptop, buka penutup laptop, tekan butang power pada laptop, membuka pelayar chromium, menaip pada URL: blogger.com, menaip id dan katalaluan, menekan pada New Post lalu sampai di ruangan ini untuk membuat masukkan baru pada blog yang sudah setahun lebih didaftarkan di blogger.com.

Dalam masa seminggu ini macam-macam sudah berlaku. Berjaya siapkan apa yang ingin dikemaskini dalam  Zairoute dan Zairoliday. Sebenarnya idea-idea ini adalah sejak tahun 2011 tapi tak sempat untuk disiapkan. Jadinya siapkan awal tahun, hu2.

Antara yang menarik dalam Zairoliday adalah:
1. Ada tarikh untuk hari ini yang memisahkan antara cuti umum yang telah berlaku di bahagian atas dan cuti umum yang belum berlaku di bahagian bawahnya.
2. Ada tanda # untuk cuti ganti. Memudahkan pengguna supaya tidak perlu lagi berfikir kerana ianya telah tertera pada skrin.
3. Kemaskini pada rekaan untuk menjadikannya lebih kemas dah menarik.

Perkara yang belum disiapkan dalam Zairoliday adalah:
1. Data untuk 2013 belum dikemaskini lagi, hu2. KIV.

Antara yang menarik dalam Zairoute adalah:
1. Kemaskini pada rekaan untuk menjadikannya lebih kemas dah menarik.
2. Kemaskini pada method setiap laluan. Sebahagiannya sudah siap dan sebahagian lagi dalam proses penyiapan.

Perkara yang belum disiapkan dalam Zairoute adalah:
1. Kemaskini pada method untuk sebahagian laluan.
2. Search Nearby Station. Dalam pembikinan.

Untuk tahun 2012 ini memang saya ada perancangan untuk membangunkan satu aplikasi baru untuk Android. Zairoute dan Zairoliday adalah aplikasi 2011 namun akan terus dikemaskini dari masa ke masa sekiranya ada keperluan. Aplikasi apa kena tunggu apabila sudah siap versi 1.0 baru seronok untuk diceritakan, hu2.

#zairo