Wednesday, January 25, 2012

336. Now What?

Banyak maklum balas yang diterima berkaitan Zairoute dan Zairoliday. Tidak banyak yang dapat saya lakukan kerana saya juga ada aplikasi lain yang ingin disiapkan selepas ini.

Kedua-dua aplikasi tersebut saya bina untuk kegunaan saya juga sebenarnya. Pengalaman di salah satu syarikat saya bekerja yang memerlukan saya membuat kalendar setiap sesi memungkinkan saya memahami selok belok kalendar cuti dengan baik. Di samping itu, banyak juga saya belajar semasa proses penyiapan Zairoliday. Idea asal sebenarnya untuk membuat ianya automatik mengunakan fungsi-fungsi tertentu. Akan tetapi ianya agak mustahil untuk dibuat jadinya kemaskini akan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali.

Zairoute pula adalah pengalaman saya sendiri yang jarang-jarang mengunakan kemudahan pengangkutan awam. Jadinya selalu tersalah arah dan sering terkeliru untuk menaiki tren. Dengan adanya aplikasi seperti Zairoute diharap ianya dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan tersebut di samping memudahkan untuk merancang perjalanan. Juga ada modul Nearby Train Station untuk memudahkan mencari stesen terhampir dengan lokasi semasa mengunakan bantuan GPS, Google Map dan Google Map Turn by Turn Direction.

Kedua-dua aplikasi ini adalah dalam mod luar talian kecuali Nearby dalam aplikasi Zairoute yang memerlukan peranti GPS atau pun Internet untuk mendapatkan lokasi semasa.

Oh ya, ada masalah pada butang carian dalam Android ICS 4.0 untuk kedua-dua aplikasi ini. Ini akan cuba diselesaikan dengan seberapa segera, InsyaAllah.

#zairo