Sunday, July 28, 2013

384. 1000 Bulan

1. Saya berjaya membetulkan RALAT LAMA pada Zairoute (kiraan jarak) dan Zairopray (nilai pada SharePreference untuk combobox dinamik), Alhamdulillah. Saya mengambil masa yang agak lama kerana saya bukanlah pakar dalam bahasa pengaturcaraan Java.

2. Saya baru mengemaskini IKON-IKON pada aplikasi Zairoliday dan Zairopray untuk menjadikan ia lebih menarik dan selesa digunakan. Sehari suntuk juga mengadap benda ini kerana saya juga bukan pakar dalam rekaan ikon. Semua ikon saya buat sendiri dengan merujuk kepada ikon-ikon sedia ada dan mengubah mengikut kesesuaian dan sesuka hati, hu2.

3. Saya juga berjaya membetulkan ralat pada NOTIFIKASI AZAN dalam aplikasi Zairopray untuk alarm dan juga offset, Alhamdulillah. Ini sangat penting memandangkan ramai yang memberikan maklum balas secara email dan komen di Google Play tentang masalah ini. Notifikasi azan tidak mengunakan suara azan akan tetapi mengunakan default notifikasi dan default alarm untuk mengelakkan daripada suara azan daripada telefon pintar berbunyi ketika kita berada di dalam tandas.

4. Fungsi baru iaitu MASJID BERHAMPIRAN telah dikeluarkan dalam Zairopray untuk Kuala Lumpur dan Singapura. Untuk bandar-bandar lain, InsyaAllah akan ditambah dari semasa ke semasa.

5. Zairopray juga boleh digunakan sebagai ALARM untuk bangun sahur dengan membuat set pada imsak kepada offset -30.

6. Menu pada Zairopray ditukar daripada About kepada More untuk memberikan lebih banyak MODUL ditambah dalam Zairopray dan memberikan antaramuka yang lebih kemas.

7. Notifikasi azan telah ditambah OFFSET -5 min, -10 min, -30 min, 5min, 10 min dan 30 min untuk memberikan lebih anjal untuk kegunaan setiap individu.

8. Sebelum bercuti pastikan kerja-kerja telah DISIAPKAN dengan sempurna supaya kita boleh bercuti dengan selesa. Kalau nak buat kerja kat kampung memang tak boleh pun sebab tiada talian Internet.

9. Selamat menjalani ibadah puasa dan mengejar malam LAILATUL QADAR.

10. Selamat bercuti, selamat pulang ke kampung halaman dan selamat HARI RAYA AIDIL FITRI.


#zairo

Saturday, July 13, 2013

383. Salam Ramadhan

1. Bulan Ramadhan Al Mubarak tiba lagi. Semoga kita semua dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna di samping kerja-kerja harian.

2. Lubuntu 13.04 ini masih ada masalah di mana kadang-kadang papan kekunci tidak dapat berfungsi. Sebelum ini mengunakan pelayar Chromium dan sekarang mengunakan pelayar Chrome pun masih sama. Biasanya saya terpaksa logout untuk membetulkan keadaan ini. Akhirnya workaround yang saya perolehi adalah tekan kekunci CTRL dan ALT bersama F3 serentak. Kemudian tekan kekunci CTRL dan ALT bersama F7 untuk kembali ke skrin sebelum tadi.

3. Ada rakan saya mengingatkan saya fungsi Masjid berdekatan dalam Zairopray yang masih belum dibuat. InsyaAllah akan dibuat juga. Zairopray telah mencapai 5k++ muat turun dan kemaskini, Alhamdulillah. Ianya memberikan saya lebih inspirasi untuk mengemaskini ciri-ciri terbaik untuk Zairopray.

4. Saya juga berminat untuk mempelajari cara mengunakan PostgresQL (disebut sebagai pos gres atau pos gres qiu el) dan menyambungkan dengan PHP. Agak susah pada mulanya dan memerlukan masa untuk mempelajari dengan baik.

5. Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin lakukan mengunakan Android. Memandangkan kesukaran yang saya alami dan Java merupakan bahasa pengaturcaraan kedua saya selepas PHP, maka saya tidaklah bercadang untuk meneruskannya dengan lebih gigih. Lebih baik masa yang ada saya fokuskan kepada PHP dan yang berkaitan dengannya.

6. Salah satu perkara penting yang saya baru belajar adalah backend hybrid. Selama ini kita hanya mengetahui frontend hybrid iaitu gabungan antara muka natif dan web. Backend hybrid adalah istilah saya reka sendiri apabila PHP bergabung dengan JSP untuk memberikan capaian yang lebih mudah kepada pangkalan data selain daripada MySQL.

7. Saya juga belajar pemasangan aplikasi secara luar talian mengunakan pakej RPM. Ianya memerlukan versi yang betul, jenis server(x86_64) yang betul dan versi OS(RedHat x.x) yang betul. Kesilapan memilih versi yang betul menyebabkan lebih banyak kebergantungan library yang perlu dimuat turun yang seakan-akan tidak berhenti-henti.

8. Saya banyak mengunakan GIT dalam kerja-kerja saya. Ini penting kerana ada kalanya kita mengemaskini pada local dahulu kemudian muatnaik ke server. Ada kala kita mengemaskini kod terus di server. Jadinya, kod pada local dan server tidak tally. Apabila mengunakan GIT, kod hanya dikemaskini pada local dahulu kemudian baru commit dan push ke server. Ianya tidaklah susah pun malah pantas dan memberikan satu sistem terbaik untuk penyeleranggaan kod tidak kira sama ada membuat kod secara individu atau berkumpulan.

9. Banyak juga mesyuarat di sana sini dan ada kalanya saya menghadiri mesyuarat yang saya tidak perlu hadiri pun. Ini menyebabkan masa saya untuk membuat kod semakin kurang. Satu cara saya membuat kod semasa mesyuarat dan di masa lain adalah saya membuat kod mengunakan pendekatan terbaik yang dapat menjimatkan masa.

10. Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan beribadah.

#zairo