Sunday, July 28, 2013

384. 1000 Bulan

1. Saya berjaya membetulkan RALAT LAMA pada Zairoute (kiraan jarak) dan Zairopray (nilai pada SharePreference untuk combobox dinamik), Alhamdulillah. Saya mengambil masa yang agak lama kerana saya bukanlah pakar dalam bahasa pengaturcaraan Java.

2. Saya baru mengemaskini IKON-IKON pada aplikasi Zairoliday dan Zairopray untuk menjadikan ia lebih menarik dan selesa digunakan. Sehari suntuk juga mengadap benda ini kerana saya juga bukan pakar dalam rekaan ikon. Semua ikon saya buat sendiri dengan merujuk kepada ikon-ikon sedia ada dan mengubah mengikut kesesuaian dan sesuka hati, hu2.

3. Saya juga berjaya membetulkan ralat pada NOTIFIKASI AZAN dalam aplikasi Zairopray untuk alarm dan juga offset, Alhamdulillah. Ini sangat penting memandangkan ramai yang memberikan maklum balas secara email dan komen di Google Play tentang masalah ini. Notifikasi azan tidak mengunakan suara azan akan tetapi mengunakan default notifikasi dan default alarm untuk mengelakkan daripada suara azan daripada telefon pintar berbunyi ketika kita berada di dalam tandas.

4. Fungsi baru iaitu MASJID BERHAMPIRAN telah dikeluarkan dalam Zairopray untuk Kuala Lumpur dan Singapura. Untuk bandar-bandar lain, InsyaAllah akan ditambah dari semasa ke semasa.

5. Zairopray juga boleh digunakan sebagai ALARM untuk bangun sahur dengan membuat set pada imsak kepada offset -30.

6. Menu pada Zairopray ditukar daripada About kepada More untuk memberikan lebih banyak MODUL ditambah dalam Zairopray dan memberikan antaramuka yang lebih kemas.

7. Notifikasi azan telah ditambah OFFSET -5 min, -10 min, -30 min, 5min, 10 min dan 30 min untuk memberikan lebih anjal untuk kegunaan setiap individu.

8. Sebelum bercuti pastikan kerja-kerja telah DISIAPKAN dengan sempurna supaya kita boleh bercuti dengan selesa. Kalau nak buat kerja kat kampung memang tak boleh pun sebab tiada talian Internet.

9. Selamat menjalani ibadah puasa dan mengejar malam LAILATUL QADAR.

10. Selamat bercuti, selamat pulang ke kampung halaman dan selamat HARI RAYA AIDIL FITRI.


#zairo