Saturday, September 14, 2013

387. Office Suite

1. Kalau kita bercakap mengenai perisian pejabat untuk Word Processor, Spreadsheet dan Presentation format yang dominan adalah docx, xlsx dan pptx. Sekiranya perisian pejabat yang anda gunakan tidak dapat membaca dan mengubah format tersebut, ianya tidaklah begitu bagus untuk digunakan dalam persekitaran kerja sehari-hari kerana majoriti penguna di seluruh dunia masih mengunakan format utama dalam MS Office.

2. Ada 2 perisian yang menarik untuk Linux iaitu daripada Softmaker Office dan Kingsoft Office kerana kerana kedua-dua perisian tersebut menyokong format docx dengan sangat cemerlang dan hampir tiada ralat.

3. Sokongan jitu terhadap docx tidak terdapat pada Open Office dan Libre Office yang telah saya gunakan sejak saya mengunakan Linux. Untuk format odt sangat comel digunakan akan tetapi untuk format docx ianya jauh ke laut.

4. Softmaker Office versi percuma hanya dibenarkan untuk baca sahaja. Untuk ubahsuai memerlukan membeli pada harga 69.95 euro. Untuk kemaskini baru, ianya adalah 29.95 euro. Perisian ini daripada Jerman telah mula beroperasi sejak 1987.

5. Kingsoft Office untuk Linux masih lagi dalam versi Alpha yang mula dibangunkan pada tahun 2012. Saya telah cuba mengunakannya dan didapati ianya sangat pantas dan hasil yang jitu untuk format docx.

6. Setakat hari ini, tidak ada perisian percuma yang benar-benar selesa digunakan dalam Linux untuk untuk membaca dan mengubah dalam format docx. Untuk itu perisian komersial digunakan sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan kerja sehari-hari.

7. Satu kelebihan Kingsoft Office dan Softmaker Office adalah ianya tidak mengunakan emulator seperti yang perlu digunakan jika memasang MS Office dalam Linux.

8. Untuk memasang semula Kingsoft Office dan Softmaker Office adalah sangat mudah kerana ianya boleh dimuaturun daripada Internet.

9. Kelebihan lain Kingsoft Office (dibangunkan mengunakan C++ dan Qt) dan Softmaker Office adalah kepantasan membuka fail yang banyak muka surat dalam kadar yang sangat pantas.

10. Kadang-kadang kita terlupa, mengunakan Linux tidak semestinya mengunakan perisian percuma semata-mata.

p/s Saya telah membeli Softmaker Office 2012 for Linux pada 15 Sep 2013.

#zairo

Monday, September 2, 2013

386. Think Before You Overtake

1. Bulan ini saya masih belum menulis, hu2. Kalau boleh memang ingin menulis setiap minggu malahan setiap hari. Akan tetapi terdapat kekangan masa dan juga pengisian juga perlu mantap. Kalau tidak ianya hanyalah umpama melepaskan batuk di tangga.

2. Satu aplikasi yang menarik ingin saya kongsikan adalah Gravity Screen untuk tutup skrin secara automatik apabila diletakkan di dalam poket atau pun diletakkan di atas meja. Apabila mengeluarkan daripada poket dan juga memegang telefon pintar daripada atas meja, ianya akan secara automatik buka skrin. Sebelum ini saya mengunakan  aplikasi Ultimate On Off, juga menarik cuma memerlukan menekan butang pada skrin.

3. Saya bercadang untuk memperlahankan rentak dalam mengemaskini aplikasi Android untuk memberi laluan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting. Namun fungsi masjid berhampiran dan kemaskini Zairoute juga Zairotask akan dibuat apabila sampai masa yang sesuai. Bukan janji tapi akan diusahakan, InsyaAllah.

4. Selamat hari lahir kepada Fina Fedora yang banyak membantu melaporkan ralat pada Zairopray sehingga ianya menjadi lebih baik seperti sekarang.

5. Perkara yang kurang selesa pada aplikasi-aplikasi berikut:
a. Whatsapp mempunyai mesej pada notifikasi yang tidak akan hilang walau pun dibuang sehingga anda membaca mesej tersebut.
b. KakaoTalk mempunyai popup message yang akan keluar jika terdapat mesej baru.
c. Line sarat dengan pelbagai permainan dalam aplikasi yang memberatkan aplikasi secara keseluruhan.
d. Wechat mempunyai loading screen yang memenuhi skrin.
e. FaceBook mengelirukan jika ada rakan anda yang lebih daripada seorang mempunyai nama yang sama.
f. Twitter mempunyai imej yang perlu dibuka pada pelayar jika muatnaik tanpa mengunakan imej rasmi daripada Twitter.
Walau bagaimana pun, semua aplikasi ini memberikan inspirasi kepada para pembangun aplikasi untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi yang terbaik dan disukai ramai. Ia juga membolehkan para pengguna bertukar-tukar maklumat dengan lebih mudah dan moden.


#zairo