Wednesday, December 31, 2014

402. Twenty 15

Sorotan apa yang berlaku di tahun 2014.

1. Bermulanya saya kembali mengunakan Ubuntu 12.04 berbanding sebelumnya mengunakan Lubuntu. Paling menarik tentang Ubuntu untuk tahun ini adalah Ubuntu Phone yang bakal keluar pada Februari 2015. InshaAllah saya akan berusaha mendapatkannya.

2. Saya membeli laptop Fujitsu berwarna ungu, Alhamdulillah. Baru menukar skrin yang telah sedikit rosak berharga RM250. Saya mengunakan tetikus tanpa wayar dan tanpa pad. Sudah lebih 6 tahun saya mengunakan Ubuntu sebagai sistem pengoperasian utama. Kalau satu perkara saya boleh kaitkan dengan Ubuntu adalah tiada lengah masa.

3. Saya membeli telefon pintar Android Motorola Moto G yang merupakan model yang jarang saya gunakan. Nampaknya masih belum mendapat kemaskini Lolipop.

4. Saya mula mempelajari typeface dan telah membuat font Kufi Rumi. Font Kufi Arabic masih lagi dalam pembikinan dan bersambung di tahun 2015, InshaAllah.

5. Saya mula mengemaskini Zairotask yang terbengkalai selama 2 tahun. Walau pun tiada kemaskini selama tempoh itu, saya masih mengunakan Zairotask untuk kegunaan sendiri setiap hari. Bila wujudnya kemaskini Zairotask yang menjadikan ia semakin sempurna, ianya sangat berbaloi untuk digunakan, Alhamdulillah.

Mungkin selepas ini saya akan kurang mengemaskini aplikasi telefon pintar kerana ingin mempelajari dalam bidang lain pula seperti PostgresQL, Typeface, mendalami Ubuntu dan lain-lain.

Selamat Tahun Baru dan simpanlah azam anda di dalam hati. Kalau hendak tulis pun boleh dalam Zairotask. InshaAllah berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus, impian anda akan menjadi kenyataan.

#zairo

Thursday, December 4, 2014

401. 123, 123 Drink

1. Akhirnya setelah lebih 2 tahun tiada sebarang kemaskini untuk Zairotask, saya membuat keputusan untuk mengemaskini Zairotask pula setelah lebih 2 tahun memfokuskan kepada aplikasi Zairopray.

2. Zairotask merupakan aplikasi yang saya gunakan hampir setiap hari. Walau pun dengan antaramuka yang tidak begitu mesra pengguna, saya mengunakannya kerana memudahkan untuk saya menyimpan segala tugasan yang perlu dibuat, barang yang perlu dibeli dan mesyuarat yang perlu dihadiri.

3. Setelah melalui beberapa kemaskini, Zairotask sudah menjadi lebih selesa digunakan sekarang. Pangkalan data telah dirombak dan kod juga telah dipermudahkan dengan membuang ciri-ciri yang tidak lengkap dan akan ditambah jika berkelapangan.

4. Memang ada banyak aplikasi To-Do List di pasaran Android namun mengunakan aplikasi sendiri mempunyai makna yang tersendiri. Lagi pun terdapat ciri-ciri yang saya perlukan tiada dalam aplikasi sedia ada dan juga terdapat ciri-ciri yang saya tidak gemar memungkinkan saya untuk hadir dengan aplikasi sendiri.

5. Zairotask tidaklah secanggih banyak aplikasi lain yang seumpamanya di pasaran namun ianya cukup bermakna kerana memudahkan saya untuk mengurus segala tugasan saya sama ada melibatkan kerja atau pun peribadi.

6. Saya tidak pasti sejauh mana Zairotask akan membawa saya meneroka dalam dunia aplikasi Android namun ianya merupakan salah satu aplikasi yang akan saya fokus mulai sekarang dan akan datang.

#zairo