Thursday, December 4, 2014

401. 123, 123 Drink

1. Akhirnya setelah lebih 2 tahun tiada sebarang kemaskini untuk Zairotask, saya membuat keputusan untuk mengemaskini Zairotask pula setelah lebih 2 tahun memfokuskan kepada aplikasi Zairopray.

2. Zairotask merupakan aplikasi yang saya gunakan hampir setiap hari. Walau pun dengan antaramuka yang tidak begitu mesra pengguna, saya mengunakannya kerana memudahkan untuk saya menyimpan segala tugasan yang perlu dibuat, barang yang perlu dibeli dan mesyuarat yang perlu dihadiri.

3. Setelah melalui beberapa kemaskini, Zairotask sudah menjadi lebih selesa digunakan sekarang. Pangkalan data telah dirombak dan kod juga telah dipermudahkan dengan membuang ciri-ciri yang tidak lengkap dan akan ditambah jika berkelapangan.

4. Memang ada banyak aplikasi To-Do List di pasaran Android namun mengunakan aplikasi sendiri mempunyai makna yang tersendiri. Lagi pun terdapat ciri-ciri yang saya perlukan tiada dalam aplikasi sedia ada dan juga terdapat ciri-ciri yang saya tidak gemar memungkinkan saya untuk hadir dengan aplikasi sendiri.

5. Zairotask tidaklah secanggih banyak aplikasi lain yang seumpamanya di pasaran namun ianya cukup bermakna kerana memudahkan saya untuk mengurus segala tugasan saya sama ada melibatkan kerja atau pun peribadi.

6. Saya tidak pasti sejauh mana Zairotask akan membawa saya meneroka dalam dunia aplikasi Android namun ianya merupakan salah satu aplikasi yang akan saya fokus mulai sekarang dan akan datang.

#zairo