Wednesday, October 28, 2015

416. Jawi Kufi

1. Jawi Kufi. Seakan nama pentas yang baru pula, hihi. Ianya adalah hobi baru yang saya fokus selepas Zairopray. Saya tidak pasti berapa lama diperlukan untuk saya siapkan akan tetapi saya berusaha gigih menyiapkannya apabila ada masa dan idea.

2. Baru-baru ini saya berjaya menyiapkan font Jawi Kufi untuk Mac OS. Memerlukan masa lebih daripada sebulan juga sebelum menyiapkannya dengan sempurna. Itu pun dengan bantuan seorang Sifu Typeface yang saya emailkan kepadanya masalah saya ini dan dengan tenang beliau memberikan cadangan bernas dan Alhamdulillah akhirnya kejayaan menjelma tanpa sedar.

3. Sifu saya juga telah beberapa kali bertanya perihal font Jawi Kufi yang tidak bersambung di dalam Mac OS. FontForge mengelirukan untuk digunakan kecuali kepada orang yang benar-benar faham setiap fungsi yang ada di dalamnya.

4. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter, saya merujuk kepada beberapa Jawi converter yang sedia ada. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter sebenarnya saya juga belajar cara menulis Jawi dengan betul. Banyak ilmu baru yang diperolehi dan diaplikasikan di dalam Jawi Kufi Converter. Kalau Jawi itu sukar ditulis, biarkan saja Jawi Converter memudahkan anda untuk menulisnya.

5. Jawi Converter masih tidak banyak di pasaran. Saya tidak bercadang untuk menjadi jagoan pun cukup sekadar memudahkan saya dan orang ramai untuk menulis Jawi apabila mengunakan Jawi Kufi Converter kerana jika mengunakan Jawi Converter yang sedia ada di pasaran ada kalanya tidak dapat mengubah dengan tepat perkataan tertentu atau pun tidak dapat mengubah Rumi ke Jawi pun.

6. Bila bercerita perihal Jawi, ramai orang merasakan sudah pakar menulis Jawi walhal sangat sedikit perkataan yang kita tahu dalam Jawi. Ini kerana kita dibiasakan dengan perkataan dalam rumi yang sebahagian besar daripada kita hanya fasih mengunakan rumi.

7. Membaca Jawi tidak sesukar menulisnya. Membaca lebih mudah kerana kita sudah biasa dengan huruf-huruf Jawi yang sama dengan huruf Arab kecuali 6 perkataan yang ditambah iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya.

8. Adakah Jawi akan pupus ditelan zaman? Ianya tidak mungkin berlaku selagi ada yang mempertahankannya dan diperkuatkan lagi dengan seni khat kufi yang sememangnya mengunakan tulisan Arab dan Jawi. Jawi lebih menjadi simbol kesenian dalam seni Melayu dan digunakan dalam acara-acara tertentu dan papan-papan tanda tertentu.

9. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam penyiapan Jawi Kufi Converter daripada rakan-rakan yang mengajar cara menulis Jawi, mengajar kufi daripada pasukan guru FoKS (tulisan Jawi Kufi adalah kufi linear daripada komuniti Fan @ Friend of Kufi Square (FoKS), saya cuma memudahkan cara untuk memahami kufi linear), mengajar cara mengunakan FontForge dengan betul, mereka yang sudi menguji font Jawi Kufi dan lain-lain.

#zairo

Sunday, October 4, 2015

415. Kerana Jawi Aku Masih Di Sini

1. Hari itu telefon Moto G ini baru dapat kemaskini 5.1. Punyalah seronok ingatkan Marshmallow tapi rupanya Lollipop. Hare sungguh tapi okay juga kerana telefon ini sudah 3 kali melalui kemaskini major iaitu
a. 4.0 (Ice Scream Sandwich) kepada 4.1-4.3 (Jelly Beans).
b. 4.1 kepada 4.4 (Kit Kat).
c. 4.4 kepada 5.0-5.1 (Lollipop).

2. Masih lagi menyiapkan Rumi To Jawi Kufi Converter. Ada beberapa tool untuk membuat kufi iaitu
a. Jawi Kufi font untuk memudahkan kufi free flow.
b. Rumi to Jawi Kufi Converter untuk menukar perkataan Rumi ke Jawi sekiranya mengunakan huruf Rumi. Jika mengunakan huruf Arab, ini tidak perlu.
c. Grid Editor untuk membuat lakaran kufi petak seperti Libre Office Calc, WPS Spreadsheets dan MS Excel.
d. Graphic Editor seperti Inkscape dan Adobe Photoshop untuk membuat kufi dengan lebih kemas dan menarik.

3. Jawi Kufi font telah pun saya siapkan cuma masih belum sedia ada untuk Mac. Untuk Linux dan Windows, ianya boleh digunakan dengan baik.

4. Rumi to Jawi Kufi Converter dibuat mengunakan 3 komponen penting iaitu
a. Algoritma merangkumi semua huruf daripada A ke Z dan mempunyai suku kata daripada 1 ke 4.
b. Separator vowel. Mulanya saya mengunakan jumlah huruf akan tetapi mengunakan vowel lebih sesuai.
c. Exception untuk huruf tertentu yang mempunyai shortcut dan ejaan Arab.

5. Rumi to Jawi Kufi Converter juga mengunakan Jawi Kufi font yang telah saya buat dan ini memudahkan saya membetulkan kekurangan yang ada pada font tersebut dari semasa ke semasa.

6. Hampir pasti saya akan mengunakan laman sesawang untuk aplikasi Rumi To Jawi Kufi Converter dan ini membolehkan semua pengguna yang berminat untuk mengunakannya dapat mengunakan daripada laptop atau pun telefon pintar mereka.

7. Pembangunan telah dibuat di localhost dan Heroku dan didapati Heroku agak menarik berbanding server yang lain kerana menawarkan subdomain herokuapp.com dan mengunakan Git untuk upload fail-fail ke dalam server. Ini mempercepatkan proses mengemaskini ke dalam server.

8. Rumi To Jawi Kufi Converter masih lagi dalam versi Alpha. Hanya rakan-rakan saya telah diberikan capaian untuk mencuba dan memberikan maklumbalas. Ini kerana terlalu banyak huruf masih belum dapat ditukar dengan sempurna dan ini tidak sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

9. Selepas ianya sudah semakin sempurna, ia akan memasuki versi Beta dan seterusnya versi penuh apabila tinggal sedikit sahaja kesilapan atau kekurangan yang telah dikenalpasti.

10. Selepas projek Rumi To Jawi Converter, saya masih belum memutuskan untuk membuat aplikasi yang mana pula. Biasanya saya lebih suka membuat aplikasi yang dapat saya gunakan sendiri di samping dapat juga dikongsi dengan orang lain.

#zairo