Wednesday, October 28, 2015

416. Jawi Kufi

1. Jawi Kufi. Seakan nama pentas yang baru pula, hihi. Ianya adalah hobi baru yang saya fokus selepas Zairopray. Saya tidak pasti berapa lama diperlukan untuk saya siapkan akan tetapi saya berusaha gigih menyiapkannya apabila ada masa dan idea.

2. Baru-baru ini saya berjaya menyiapkan font Jawi Kufi untuk Mac OS. Memerlukan masa lebih daripada sebulan juga sebelum menyiapkannya dengan sempurna. Itu pun dengan bantuan seorang Sifu Typeface yang saya emailkan kepadanya masalah saya ini dan dengan tenang beliau memberikan cadangan bernas dan Alhamdulillah akhirnya kejayaan menjelma tanpa sedar.

3. Sifu saya juga telah beberapa kali bertanya perihal font Jawi Kufi yang tidak bersambung di dalam Mac OS. FontForge mengelirukan untuk digunakan kecuali kepada orang yang benar-benar faham setiap fungsi yang ada di dalamnya.

4. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter, saya merujuk kepada beberapa Jawi converter yang sedia ada. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter sebenarnya saya juga belajar cara menulis Jawi dengan betul. Banyak ilmu baru yang diperolehi dan diaplikasikan di dalam Jawi Kufi Converter. Kalau Jawi itu sukar ditulis, biarkan saja Jawi Converter memudahkan anda untuk menulisnya.

5. Jawi Converter masih tidak banyak di pasaran. Saya tidak bercadang untuk menjadi jagoan pun cukup sekadar memudahkan saya dan orang ramai untuk menulis Jawi apabila mengunakan Jawi Kufi Converter kerana jika mengunakan Jawi Converter yang sedia ada di pasaran ada kalanya tidak dapat mengubah dengan tepat perkataan tertentu atau pun tidak dapat mengubah Rumi ke Jawi pun.

6. Bila bercerita perihal Jawi, ramai orang merasakan sudah pakar menulis Jawi walhal sangat sedikit perkataan yang kita tahu dalam Jawi. Ini kerana kita dibiasakan dengan perkataan dalam rumi yang sebahagian besar daripada kita hanya fasih mengunakan rumi.

7. Membaca Jawi tidak sesukar menulisnya. Membaca lebih mudah kerana kita sudah biasa dengan huruf-huruf Jawi yang sama dengan huruf Arab kecuali 6 perkataan yang ditambah iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya.

8. Adakah Jawi akan pupus ditelan zaman? Ianya tidak mungkin berlaku selagi ada yang mempertahankannya dan diperkuatkan lagi dengan seni khat kufi yang sememangnya mengunakan tulisan Arab dan Jawi. Jawi lebih menjadi simbol kesenian dalam seni Melayu dan digunakan dalam acara-acara tertentu dan papan-papan tanda tertentu.

9. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam penyiapan Jawi Kufi Converter daripada rakan-rakan yang mengajar cara menulis Jawi, mengajar kufi daripada pasukan guru FoKS (tulisan Jawi Kufi adalah kufi linear daripada komuniti Fan @ Friend of Kufi Square (FoKS), saya cuma memudahkan cara untuk memahami kufi linear), mengajar cara mengunakan FontForge dengan betul, mereka yang sudi menguji font Jawi Kufi dan lain-lain.

#zairo