Monday, December 28, 2015

420. Ranjau Sepanjang Jalan

1. Saya baru sahaja membeli Moto X 2014 yang boleh dikemaskini kepada Android 6.0 (Marshmallow) berharga RM999. Sebelumnya saya ingin membeli Moto G 2014 LTE (Generasi Kedua) yang berharga RM699 namun ianya adalah versi China yang tiada aplikasi Google dan ini menyukarkan proses kemaskini kepada Marshmallow.

2. Kenapa perlukan Marshmallow? Saya sentiasa mengikuti dan mengunakan setiap versi Android sejak 2.1 diikuti oleh 2.2, 2.3, 4.0, 4.1-4.3, 4.4, 5.0 dan terbaru 6.0. Hanya 3.0 saya tidak ikut kerana ianya untuk tablet sahaja.

3. Sebab lain adalah untuk memudahkan proses pengujian semua aplikasi yang saya bina iaitu Zairopray, Zairoute, Zairoliday dan Zairotask. Dalam versi Android 6.0, kali pertama membuka aplikasi perlu popup kebenaran yang diperlukan dan jika ini tidak dibuat, terdapat ralat dalam aplikasi yang tidak akan dapat berfungsi secara sepatutnya.

4. Pelindung skrin telah dibeli berharga RM15 kerana default tiada pelindung skrin.

5. Selepas ini saya perlu membeli casing tahan hentakan seperti Otterbox untuk perlindungan daripada hentakan jika terjatuh.

6. Semua telefon Android akan dikemaskini maksima 18 bulan sahaja (1 tahun 6 bulan). Selepas tempoh itu, anda terpaksa mengunakan versi tersebut dan jika anda mahu mengunakan versi semasa perlulah bertukar kepada telefon pintar yang lain yang masih dalam tempoh kemaskini atau pun telefon pintar yang baru.

7. Kenapa Motorola?
a. Mungkin sebab sudah terbiasa mengunakan Motorola Moto G selama hampir 2 tahun.
b. Lagi pun, teknologi dalam penjimatan bateri dalam Motorola bertahan daripada pagi sampai malam.
c. Selain daripada Nexus, Motorola menawarkan Stok Android yang hanya mengalami ubahsuai sangat minima berbanding yang lain. 

#zairo

Tuesday, December 15, 2015

419. Langit Kirmizi

1. Saya masih sibuk menyiapkan Zairoute Evo. Akhirnya terpaksa menukar haluan kepada Zairoute versi Android kerana didapati Android luar talian lebih bermakna untuk aplikasi seperti Zairoute.

2. Jadinya saya pun memulakan misi menukar kod daripada PHP kepada Java untuk Android. Memang ada terfikir ini akan berlaku jika saya mengubah fikiran untuk mewujudkan kemaskini Android untuk Zairoute.

3. Banyak yang saya belajar. Untuk menjayakan misi ini, saya terpaksa mengunakan nama pembolehubah yang sesuai untuk memudahkan pemahaman. Selain itu, kod dipendekkan dan lebih seribu line telah berjaya dibuang hasil daripada pemfaktoran semula kod. Ini bermakna kod dalam PHP sudah lebih bermutu berbanding daripada keadaan asalnya semasa pembuatannya.

4. 3 hari berturut-turut bertungkus-lumus dalam misi marathon menyiapkan Zairoute Evo akan tetapi didapati masih memerlukan masa lebih untuk menyiapkannya. Ini tidak mengapa asalkan dapat menghasilkan hasil yang bermutu dan lengkap sama seperti dalam versi web.

5. Ada rakan bertanya saya bagaimana untuk kemaskini Ubuntu. Berikut kaedah yang ingin saya kongsikan:
a. Kemaskini Ubuntu boleh dibuat walau berada di versi End of Life (EOL) sekalipun. Cuma perlu mengunakan seperti berikut:
$ nano /etc/apt/sources.list
#Disable all in repo and add this
#Change natty to the current codename
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty main restricted universe multiverse
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty-updates main restricted universe multiverse
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty-security main restricted universe multiverse
   
b. Jika kemaskini mengunakan remote SSH, perlu mengunakan aplikasi screen untuk mengelakkan daripada terputus hubungan.
$ screen -S blabla

To exit resume screen
$ CTRL a d
$ exit

To stop screen
$ CTRL c
$ exit

c. Hapuskan data PPA seperti berikut untuk mengelakkan daripada gangguan proses kemaskini
$ rm /etc/apt/sources.list.d/*

d. Tambah data berikut jika kemaskini daripada EOL
$ nano /usr/share/python-apt/templates/Ubuntu.mirrors
Tambah:
#LOC:US
http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/

e. 3 arahan penting untuk kemaskini sekiranya mengunakan terminal:
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get upgrade
$ sudo do-release-upgrade
Kalau sudo do-release-upgrade -d (d bermaksud development) jika anda ingin kemaskini versi akan datang yang masih dalam pembikinan.

f. Skrin menu yN tertera semasa kemaskini Ubuntu. Kalau boleh pilih y (bermaksud setuju) untuk kesemua soalan yang muncul kecuali pada perkara penting bagi anda seperti default untuk nginx yang tidak perlu dikemaskini kerana apa yang ada dalam default biasanya tidak digunakan pun dan lebih baik gunakan yang sedia ada.

Jika versi semasa bukan EOL, gunakan langkah b, c dan e sahaja.

Semoga kejayaan bersama kalian.

#zairo