Monday, December 28, 2015

420. Ranjau Sepanjang Jalan

1. Saya baru sahaja membeli Moto X 2014 yang boleh dikemaskini kepada Android 6.0 (Marshmallow) berharga RM999. Sebelumnya saya ingin membeli Moto G 2014 LTE (Generasi Kedua) yang berharga RM699 namun ianya adalah versi China yang tiada aplikasi Google dan ini menyukarkan proses kemaskini kepada Marshmallow.

2. Kenapa perlukan Marshmallow? Saya sentiasa mengikuti dan mengunakan setiap versi Android sejak 2.1 diikuti oleh 2.2, 2.3, 4.0, 4.1-4.3, 4.4, 5.0 dan terbaru 6.0. Hanya 3.0 saya tidak ikut kerana ianya untuk tablet sahaja.

3. Sebab lain adalah untuk memudahkan proses pengujian semua aplikasi yang saya bina iaitu Zairopray, Zairoute, Zairoliday dan Zairotask. Dalam versi Android 6.0, kali pertama membuka aplikasi perlu popup kebenaran yang diperlukan dan jika ini tidak dibuat, terdapat ralat dalam aplikasi yang tidak akan dapat berfungsi secara sepatutnya.

4. Pelindung skrin telah dibeli berharga RM15 kerana default tiada pelindung skrin.

5. Selepas ini saya perlu membeli casing tahan hentakan seperti Otterbox untuk perlindungan daripada hentakan jika terjatuh.

6. Semua telefon Android akan dikemaskini maksima 18 bulan sahaja (1 tahun 6 bulan). Selepas tempoh itu, anda terpaksa mengunakan versi tersebut dan jika anda mahu mengunakan versi semasa perlulah bertukar kepada telefon pintar yang lain yang masih dalam tempoh kemaskini atau pun telefon pintar yang baru.

7. Kenapa Motorola?
a. Mungkin sebab sudah terbiasa mengunakan Motorola Moto G selama hampir 2 tahun.
b. Lagi pun, teknologi dalam penjimatan bateri dalam Motorola bertahan daripada pagi sampai malam.
c. Selain daripada Nexus, Motorola menawarkan Stok Android yang hanya mengalami ubahsuai sangat minima berbanding yang lain. 

#zairo