Sunday, April 9, 2017

439. Rubik's Cube: Zairo Method

1. Rubik bawah 2 minit adalah perkara biasa apabila anda sudah tahu Beginner's Method atau pun Edges First Method. Namun untuk menyiapkan Rubik di bawah 1 minit memerlukan dedikasi dan latihan serta kaedah yang betul.

2. Salah satu kaedah yang boleh digunakan selain CFOP adalah 4-Look Last Layer yang mengandungi 2-Look OLL dan 2-Look PLL. Itu yang saya gunakan namun dengan beberapa pengubahsuaian untuk mengelakkan daripada menghafal banyak formula.

3. Langkah 1: White Cross. Ini mengikut logik akal dan sebaik-baiknya dengan mengetahui formula tertentu supaya mempercepatkan proses penyiapannya sekitar 8s dan memerlukan 6 hingga 9 langkah. Formula yang saya biasa guna adalah
1 warna putih di kedudukan salah
i. Putih di atas-tengah - F2
ii. Putih di kanan-kanan - F
iii. Putih di kiri-kiri - F'
2 warna putih di kedudukan salah
i. Putih di atas-hadapan - FDR'D
ii. Putih di kanan-hadapan - DR'D
iii. Putih di kiri-hadapan - D'LD
iv. Putih di bawah-hadapan - F'DR'D

4. Langkah 2: First 2 Layer. Ada banyak cara di sini namun cara saya adalah memasukkan White corner pada kedudukan sepatutnya walau pun orientasi sama atau pun tidak sama. Kemudian selesaikan serentak layer 1 dan layer 2.
3 warna pada kanan sebaris menegak dan
i. Putih pada bahagian kanan - RUR'U' RUR'
ii. Putih pada bahagian hadapan - RU'R'U RU'R'
iii. Putih pada bahagian bawah - U'F'UF URU'R'
3 warna pada kiri sebaris menegak dan
i. Putih pada bahagian kiri - L'U'LU L'U'L
ii. Putih pada bahagian hadapan - L'UL U' L'UL
iii. Putih pada bahagian bawah - UFU'F' U'L'UL

5. Langkah 3: Yellow Cross (1st Look OLL)
i. L reverse - F URU'R' F'
ii. Others - F RUR'U' F'

6. Langkah 4: All Yellow on Top (2nd Look OLL)
Formula yang diguna adalah Sune yang dicipta oleh Lars Petrus - RUR'U RU2R'. Sune mirror adalah (L'U'LU') (L'U'2L').

i. Fish on front left with yellow on the front right - Sune (To replicate: Sune mirror)

ii. Fish on front right with yellow on the front left - Sune mirror (To replicate: Sune)

iii. Y Cross with 2 headlights on the right - Sune, Sune (To replicate: Sune Sune)

iv. Y Cross with 1 headlight with yellow on the right - Sune, U, Sune (To replicate: Sune U Sune)

v. Tank with headlights on the frontSune, U2, Sune mirror (To replicate: Sune Sune mirror)

vi. Tank without headlights with yellow on the front left - Sune, Sune mirror (To replicate: Sune U2 Sune mirror) 

vii. Eight shape with yellow on the front left - Sune, U', Sune mirror (To replicate: Sune U' Sune mirror)

* To replicate is start from all yellows on top

7. Langkah 5: Corner PLL (1st Look PLL)
a X b
XXX
c X d

i. Jika ada headlights, letak di kedudukan a dan b - (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 
ii. Jika tiada headlights, terus guna formula yang sama.

8. Langkah 6: Edge PLL (2nd Look PLL)
X a X
b X c
X d X

i. c to b - (RU'RU) (RURU' R'U'R2)
ii. b to c - (L'UL'U') (L'U'L'U LUL2) - mirror above step
iii. a to d and b to c - (M2U M2U) (UM2 UM2)
iv. a to b and c to d - (M2U M2U) (M' U2M2U2 M') U2
#selesai

9. Masa terbaik saya adalah 45s. 5 percubaan berturut-turut yang saya catat masa adalah 52s, 63s, 52s, 45s dan 64s dengan purata 55s.

10. Untuk menyiapkan bawah 40s memerlukan lebih banyak formula untuk dipelajari dan dihafal. Ada banyak formula yang boleh digunakan dan formula yang saya guna adalah mudah dipelajari dan banyak menggunakan mirror formula untuk memudahkan hafalan.

11. Jika ditolak mirror dan reverse, terdapat 6 formula sahaja yang digunakan.
i. F RUR'U' F' dan reverse F URU'R' F' - Last layer (1st Look OLL)
ii. (RUR'U) (RU2R') dan mirror (L'U'LU') (L'U'2L') - Last layer (2nd Look OLL)
iii. (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 - Last layer (1st Look PLL - Corner PLL)
iv. (RU'RU) (RURU' R'U'R2)  dan mirror (L'UL'U') (L'U'L'U LUL2) - Last layer (2nd Look PLL)
v. (M2U M2U) (UM2 UM2) - Last layer (2nd Look PLL)
vi. (M2U M2U) (M' U2M2U2 M') U2 - Last layer (2nd Look PLL)

12. Jika 6 formula terlalu banyak, cuma 4 formula sahaja yang perlu diketahui iaitu
i. F RUR'U' F' - Last layer (1st Look OLL)
ii. (RUR'U) (RU2R') - Last layer (2nd Look OLL)
iii. (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 - Last layer (1st Look PLL - Corner PLL)
iv. (RU'RU) (RURU' R'U'R2) - Last layer (2nd Look PLL)

13. Saya berlatih Rubik setiap hari selama beberapa bulan dan permulaan menggunakan formula ini saya dapat menyiapkan sekitar 2 minit dan nampak seperti lebih lambat daripada Edges First Method namun setelah beberapa lama berlatih akhirnya saya dapat menyiapkan sekitar bawah 70s dan akhirnya di bawah 60s. Syukran.

14. White Cross dan First 2 Layer paling lambat pun memerlukan 30s dan Last Layer menentukan berapa lama Rubik disiapkan sama ada 40s, 45s, 50s, 55s dan sebagainya.

p/s Pencapaian terbaik saya dalam Rubik setakat ini adalah 39s menggunakan kaedah ini.

#zairo

Sunday, April 2, 2017

438. Jawi Kufi : Jawi Keyboard

Assalamualaikum dan selamat petang dunia.

1. Alhamdulillah, baru-baru ini aplikasi Jawi Kufi Keyboard telah diluncurkan di Google Play Store kesinabungan daripada selesainya membuat custom keyboard.

2. Setelah melalui beberapa pengubahsuaian kepada papan kekunci maya, ada 4 papan kekunci di dalamnya iaitu
a. Transliterasi Rumi ke Jawi.
b. Rumi.
c. Jawi.
d. Special Chars.

3. Ikon-ikon juga telah dibuat sendiri menggunakan aplikasi Inkscape iaitu ikon
a. Caps Lock.
b. Delete.
c. Enter.

4. Aplikasi ini tidak memerlukan sebarang kebenaran daripada pengguna kerana saya inginkan ianya ringkas tetapi padat dengan data transliterasi Rumi ke Jawi.

5. Papan kekunci maya ini mengandungi 133 kekunci iaitu
a. a - z.
b. A - Z.
c. Abjad Jawi alif - ya termasuk ca, pa, ga, nga, va, nya.
d. 0 - 9.
e. Special Chars iaitu @ _ & - + ( ) / < > * " ' : ; ! ? % = , . #
f. Space, Enter, Delete dan Caps Lock.
g. Tukar ABC ke ?123.
h. Tukar ke mod Rumi, tukar ke mod Jawi dan tukar ke mod Tr (Transliterasi Rumi ke Jawi).

6. Aplikasi papan kekunci maya Jawi Kufi boleh digunakan di mana-mana aplikasi seperti Telegram, Whatsapp, Twitter, FaceBook, dan sebagainya.

7. Untuk menggunakan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi ini

a. Muat turun aplikasi Jawi Kufi di Google Play Store.

b. Tekan butang 'Setting' pada Menu aplikasi Jawi Kufi untuk setkan papan kekunci dengan aktifkan pada aplikasi Jawi Kufi. Untuk model tertentu contohnya seperti Samsung dan HTC, perlu juga untuk nyahaktifkan papan kekunci Google(default) barulah boleh menggunakan papan kekunci Jawi Kufi.

c. Buka mana-mana aplikasi contohnya Telegram, Whatsapp, FaceBook, Twitter dan lain-lain.

d. Tukar papan kekunci maya daripada Gboard kepada Jawi Kufi dengan menekan pada ikon papan kekunci pada bawah kanan atau tekan lama-lama pada Space Bar.

e. Taip seperti biasa dalam Rumi.

f. Apabila anda menekan kekunci Space Bar, aplikasi akan menukar huruf yang ditaip kepada Jawi.

g. Ada 3 papan kekunci di dalam aplikasi ini yang boleh digunakan iaitu transliterasi, Rumi dan Jawi.

8. Jawi Kufi Keyboard menawarkan output tulisan Jawi kepada anda tanpa perlu mengetahui cara menulis Jawi dan ini diharapkan dapat memupuk minat menggunakan tulisan Jawi di masa sekarang dan akan datang.

9. Data transliterasi Rumi ke Jawi akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara berkala namun tidaklah terlalu kerap. Namun ianya kerap dikemaskini dalam papan kekunci pengaturcara untuk mempastikan aplikasi ini mampu memberikan transliterasi yang kurang kadar kesilapannya.

10. Sebarang kesilapan perkataan dalam aplikasi Jawi Kufi Keyboard dan cadangan boleh dilontarkan ke zairochess at gmail.

#zairo