Sunday, April 2, 2017

438. Jawi Kufi : Jawi Keyboard

Assalamualaikum dan selamat petang dunia.

1. Alhamdulillah, baru-baru ini aplikasi Jawi Kufi Keyboard telah diluncurkan di Google Play Store kesinabungan daripada selesainya membuat custom keyboard.

2. Setelah melalui beberapa pengubahsuaian kepada papan kekunci maya, ada 4 papan kekunci di dalamnya iaitu
a. Transliterasi Rumi ke Jawi.
b. Rumi.
c. Jawi.
d. Special Chars.

3. Ikon-ikon juga telah dibuat sendiri menggunakan aplikasi Inkscape iaitu ikon
a. Caps Lock.
b. Delete.
c. Enter.

4. Aplikasi ini tidak memerlukan sebarang kebenaran daripada pengguna kerana saya inginkan ianya ringkas tetapi padat dengan data transliterasi Rumi ke Jawi.

5. Papan kekunci maya ini mengandungi 133 kekunci iaitu
a. a - z.
b. A - Z.
c. Abjad Jawi alif - ya termasuk ca, pa, ga, nga, va, nya.
d. 0 - 9.
e. Special Chars iaitu @ _ & - + ( ) / < > * " ' : ; ! ? % = , . #
f. Space, Enter, Delete dan Caps Lock.
g. Tukar ABC ke ?123.
h. Tukar ke mod Rumi, tukar ke mod Jawi dan tukar ke mod Tr (Transliterasi Rumi ke Jawi).

6. Aplikasi papan kekunci maya Jawi Kufi boleh digunakan di mana-mana aplikasi seperti Telegram, Whatsapp, Twitter, FaceBook, dan sebagainya.

7. Untuk menggunakan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi ini

a. Muat turun aplikasi Jawi Kufi di Google Play Store.

b. Tekan butang 'Setting' pada Menu aplikasi Jawi Kufi untuk setkan papan kekunci dengan aktifkan pada aplikasi Jawi Kufi. Untuk model tertentu contohnya seperti Samsung dan HTC, perlu juga untuk nyahaktifkan papan kekunci Google(default) barulah boleh menggunakan papan kekunci Jawi Kufi.

c. Buka mana-mana aplikasi contohnya Telegram, Whatsapp, FaceBook, Twitter dan lain-lain.

d. Tukar papan kekunci maya daripada Gboard kepada Jawi Kufi dengan menekan pada ikon papan kekunci pada bawah kanan atau tekan lama-lama pada Space Bar.

e. Taip seperti biasa dalam Rumi.

f. Apabila anda menekan kekunci Space Bar, aplikasi akan menukar huruf yang ditaip kepada Jawi.

g. Ada 3 papan kekunci di dalam aplikasi ini yang boleh digunakan iaitu transliterasi, Rumi dan Jawi.

8. Jawi Kufi Keyboard menawarkan output tulisan Jawi kepada anda tanpa perlu mengetahui cara menulis Jawi dan ini diharapkan dapat memupuk minat menggunakan tulisan Jawi di masa sekarang dan akan datang.

9. Data transliterasi Rumi ke Jawi akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara berkala namun tidaklah terlalu kerap. Namun ianya kerap dikemaskini dalam papan kekunci pengaturcara untuk mempastikan aplikasi ini mampu memberikan transliterasi yang kurang kadar kesilapannya.

10. Sebarang kesilapan perkataan dalam aplikasi Jawi Kufi Keyboard dan cadangan boleh dilontarkan ke zairochess at gmail.

#zairo