Wednesday, February 28, 2018

452. Ubuntu 16.04 LTS

1. Paparan antaramuka Unity
a. Ubuntu bermula dengan paparan antaramuka GNOME.
b. Kemudian beralih kepada Unity iaitu cabang daripada GNOME.
c. Mulai versi 17.10 menggunakan GNOME 3.

2. Ikon-ikon minima, maksima dan keluar
a. Di sebelah atas kanan.
b. Untuk aplikasi pihak ketiga, ianya berada di kedudukan asal (biasanya terletak di sebelah atas kiri).

3. Mengubah daripada mod maksima kepada mod custom
a. Tekan butang maksima.
b. Kemudian meletakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.

4. Di sebelah atas kanan dimulai dengan hujung kanan
a. Ikon tetapan.
b. Ikon tarikh masa.
c. Ikon speaker.
d. Ikon bateri.
e. Ikon bluetooth.
f. Ikon bahasa (tiada dalam default).
g. Ikon wireless.

5. Apabila dalam mod maksima, 3 ikon mengambil alih panel atas kiri
a. Ikon keluar.
b. Ikon minima.
c. Ikon maksima.

6. Menu default di sebelah kiri menegak. Dalam menu ada
a. Ikon dash.
b. Ikon show desktop.
c. Ikon trash.

7. Linux kernel + Linux distro + paparan antaramuka
a. Ubuntu adalah gabungan Linux kernel, Debian dan paparan antaramuka GNOME.
b. Linux kernal versi cadangan perlu dipasang untuk memastikan Ubuntu stabil dan tidak crash.
   Rujukan di https://wiki.ubuntu.com/Kernel/LTSEnablementStack.

8. Apabil skrin laptop ditutup, mod suspend untuk Ubuntu 16.04 tidak berfungsi.
   Cara mengatasi adalah dengan cara alternatif iaitu menekan butang tetapan dan kemudian menekan pilihan suspend.
   Untuk laptop saya, dalam 14 peratus kuasa bateri digunakan untuk 8 jam. Ini menjadikan 100% digunakan dalam 56 jam atau lebih daripada 2 hari.
   Jika kuasa bateri sangat rendah, OS akan shutdown dengan serta-merta.

9. Aplikasi default saya
a. Terminal GNOME yang berlatarbelakang warna ungu.
b. Pengubah Teks Geany yang saya gunakan sejak mula saya menggunakan Ubuntu.
c. Pengurus Fail PCManFM yang saya kenali daripada Lubuntu.
d. Pelayar Sesawang Google Chrome yang merupakan pelayar sesawang yag paling popular sekarang.
e. Pelayar Sesawang Firefox yang satu ketika menjadi pelayar sesawang paling popular sebelum Chrome mengambil alih.

10. Aplikasi lain yang sedia ada atau boleh dimuatturun menggunakan apt-get install
a. Font Jawi Kufi saya dibina menggunakan
i. FontForge (Font Editor).
ii. Inkscape (Vector Graphics Editor).
iii. Libre Office (Office Suite).

b. Aplikasi Android saya dibina menggunakan
i. Android Studio (IDE).
ii. Geany (Text Editor).
iii. Inkscape (Vector Graphics Editor).
iv. GIMP (Image Editor).

c. Aplikasi-aplikasi lain adalah
i. DBeaver (Database Client).
ii. Postman (REST Client).
iii. Sublime (Text Editor).
iv. Filezilla (SFTP Client).
v. Couturier (PDF Combiner).
vi. Rythmbox (Music Player).
vii. Screenshot.
dan lain-lain.

p/s Masalah #8 masih berlaku. Bila pergi ke ikon keluar - Suspend - tutup laptop, laptop kembali daripada suspend. Sudahnya saya terpaksa shutdown buat masa ini. Kalau 2 perkara penting untuk sebuah laptop, ianya adalah wireless dan mod suspend. Wireless diperlukan untuk capaian ke Internet manakala mod suspend untuk membuka semula laptop dengan kadar segera tanpa menunggu OS dihidupkan semula.

#zairo

Saturday, February 24, 2018

451. Elementary OS

Elementary OS
1. Baru-baru ini saya memasang variasi Ubuntu iaitu Lubuntu, Ubuntu Budgie dan Elementary OS. Lebih mudah dan cepat memasang paparan antaramuka lain dari variasi sama (Ubuntu) berbanding memasang distro yang lain.

2. Antaramuka
a. Ubuntu menggunakan paparan antaramuka Unity. Ubuntu 18.04 akan menggunakan paparan antaramuka GNOME. Sejak versi 17.10, Ubuntu mula menggunakan semula GNOME.
a. Lubuntu menggunakan paparan antaramuka LXDE
b. Ubuntu Budgie menggunakan paparan antaramuka Budgie
c. Elementary OS menggunakan paparan antaramuka Pantheon.

3. Memasang Elementary OS daripada Ubuntu adalah seperti berikut
$ sudo apt-add-repository ppa:elementary-os/daily
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install elementary-desktop

4. Ikon minima, maksima dan keluar
Ubuntu - Ikon minima, maksima dan keluar di sebelah atas kanan.
Elementary OS - Ikon keluar di sebelah atas kiri, ikon maksima di sebelah atas kanan.

5. Mengubah kepada mod minima
Ubuntu - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan butang maksima. Kemudian meletakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.
Elementary OS - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan pada tetingkap lama-lama pada bahagian atas tetingkap dan gerakkan ke tengah skrin. Kemudian letakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.

6. Di sebelah atas kanan atas dimulai dengan hujung kanan
a. Ikon keluar
b. Ikon bateri
c. Ikon bluetooth
d. Ikon wireless
e. Ikon speaker (jika klik akan dipaparkan juga Pemain Muzik Rythmbox)
f. Ikon bahasa (Ini default mungkin tiada. Laptop saya memang telah diset English dan Arabic).

7. Di sebelah atas tengah
a. Ikon tarikh masa

8. Di sebelah atas kiri
a. Carian aplikasi - 2 mod disediakan iaitu grid (default) atau kategori.

9. Jika setelah godek-godek dan anda tidak berpuas hati, untuk nyahpasang adalah
$ sudo apt-get purge elementary-desktop

10. Aplikasi default yang mengisi dock adalah
a. Mail
b. Calendar
c. Photo Viewer
d. Rythmbox Music Player
e. Google Chrome
f. Videos Player
Aplikasi-aplikasi default saya pula adalah
a. Terminal
b. Geany Text Editor
c. PCManFM File Manager
d. Google Chrome
e. Firefox Web Browser

11. Antaramuka Elementary OS sangat menarik. Setelah godek-godek sana sini, didapati Elementary OS adalah stabil dan selesa digunakan tanpa sebarang ubahsuai pada tetapan.

12. Elementary OS ada satu yang pelik iaitu apabila disambung atau dipisahkan sambungan bateri, muncul popup login.

p/s Saya kembali menggunakan Ubuntu kerana masalah crash berlaku disebabkan oleh Linux kernel. Masalah diselesaikan dengan memasang Linux kernel yang dicadangkan di https://wiki.ubuntu.com/Kernel/LTSEnablementStack#Ubuntu_16.04_LTS_-_Xenial_Xerus.

p/s2 Masalah #12 diselesaikan dengan pergi ikon bateri - Power Settings - Power button - Do nothing.

#zairo

Saturday, February 10, 2018

450. Oreo

1. 1 tarikan skrin ke bawah menunjukkan peratusan bateri yang tinggal berbanding 2 tarikan sebelum ini.

2. Ikon baru untuk sambungan telefon ke laptop dan Whatsapp Web.

3. Sunlight mode untuk meningkatkan kebolehbacaan semasa di bawah cahaya matahari.

4. Adaptive icon yang akan memaparkan warna putih pada background jika tidak mengikut standard baru cara mencapai ikon Android.

5. Senarai rasmi
   a. Picture-in-picture
   b. Notification dots. Ini ada sebelum ini dalam aplikasi tetapi bukan rasmi daripada Android (warna merah). Dot notifikasi (warna kelabu) pada ikon dan ikon kumpulan.
   c. Update Google Security Patch 2018-01.
   d. Google Play Protect security scans. Play Protect, ciri baru untuk Google scan aplikasi yang mungkin berpotensi memberi masalah kepada pengguna.
   e. Autofill passwords.
   f. Faster boot up. Kurang daripada 30s sudah selesai boot dan sedia untuk digunakan.

6. Saiz kemaskini Android Oreo adalah 1.7184 MB dan ini memerlukan padam beberapa data bagi membolehkan muatturun dilakukan.

7. Anda hanya perlu sambungkan cas telefon dan tunggu sehingga selesai muatturun. Setelah selesai muatturun pilih Yes dan kemaskini akan dilakukan. Proses selesai dilakukan kurang daripada 30 minit.

8. Semak pada tetapan (Settings > System > System update) memaparkan Android 8.0.0. Kemaskini telah berjaya, tahniah.

9. Bagi saya. ciri Oreo yang paling menarik adalah penambahbaikan untuk kamera pada keadaan kurang pencahayaan untuk memaparkan gambar yang baik.

#zairo