Saturday, February 24, 2018

451. Elementary OS

Elementary OS
1. Baru-baru ini saya memasang variasi Ubuntu iaitu Lubuntu, Ubuntu Budgie dan Elementary OS. Lebih mudah dan cepat memasang paparan antaramuka lain dari variasi sama (Ubuntu) berbanding memasang distro yang lain.

2. Antaramuka
a. Ubuntu menggunakan paparan antaramuka Unity. Ubuntu 18.04 akan menggunakan paparan antaramuka GNOME. Sejak versi 17.10, Ubuntu mula menggunakan semula GNOME.
a. Lubuntu menggunakan paparan antaramuka LXDE
b. Ubuntu Budgie menggunakan paparan antaramuka Budgie
c. Elementary OS menggunakan paparan antaramuka Pantheon.

3. Memasang Elementary OS daripada Ubuntu adalah seperti berikut
$ sudo apt-add-repository ppa:elementary-os/daily
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install elementary-desktop

4. Ikon minima, maksima dan keluar
Ubuntu - Ikon minima, maksima dan keluar di sebelah atas kanan.
Elementary OS - Ikon keluar di sebelah atas kiri, ikon maksima di sebelah atas kanan.

5. Mengubah kepada mod minima
Ubuntu - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan butang maksima. Kemudian meletakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.
Elementary OS - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan pada tetingkap lama-lama pada bahagian atas tetingkap dan gerakkan ke tengah skrin. Kemudian letakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.

6. Di sebelah atas kanan atas dimulai dengan hujung kanan
a. Ikon keluar
b. Ikon bateri
c. Ikon bluetooth
d. Ikon wireless
e. Ikon speaker (jika klik akan dipaparkan juga Pemain Muzik Rythmbox)
f. Ikon bahasa (Ini default mungkin tiada. Laptop saya memang telah diset English dan Arabic).

7. Di sebelah atas tengah
a. Ikon tarikh masa

8. Di sebelah atas kiri
a. Carian aplikasi - 2 mod disediakan iaitu grid (default) atau kategori.

9. Jika setelah godek-godek dan anda tidak berpuas hati, untuk nyahpasang adalah
$ sudo apt-get purge elementary-desktop

10. Aplikasi default yang mengisi dock adalah
a. Mail
b. Calendar
c. Photo Viewer
d. Rythmbox Music Player
e. Google Chrome
f. Videos Player
Aplikasi-aplikasi default saya pula adalah
a. Terminal
b. Geany Text Editor
c. PCManFM File Manager
d. Google Chrome
e. Firefox Web Browser

11. Antaramuka Elementary OS sangat menarik. Setelah godek-godek sana sini, didapati Elementary OS adalah stabil dan selesa digunakan tanpa sebarang ubahsuai pada tetapan.

12. Elementary OS ada satu yang pelik iaitu apabila disambung atau dipisahkan sambungan bateri, muncul popup login.

p/s Saya kembali menggunakan Ubuntu kerana masalah crash berlaku disebabkan oleh Linux kernel. Masalah diselesaikan dengan memasang Linux kernel yang dicadangkan di https://wiki.ubuntu.com/Kernel/LTSEnablementStack#Ubuntu_16.04_LTS_-_Xenial_Xerus.

p/s2 Masalah #12 diselesaikan dengan pergi ikon bateri - Power Settings - Power button - Do nothing.

#zairo