Sunday, August 26, 2018

456. Konteks

1. Kalau kita menyimpan nama dalam senarai nombor telefon contohnya sebagai Abu, kita mungkin mempunyai lebih dari seorang kawan bernama Abu.

2. Cara saya selama ini adalah menulis kategori dahulu sebelum nama kemudian baru nama. Kategori boleh jadi nama syarikat atau lokasi. Cara menulis adalah {kategori} {nama} contohnya KL Abu. Akan tetapi mungkin wujud 2 data seperti berikut
a. KL Abu.
b. KL Abu.

3. Namun ada cara lain yang lebih baik iaitu mewujudkan 2 kategori dan ditulis sebagai {kategori} {nama} {subkategori} contohnya
a. Vendor Abu KL.
b. Klien Abu KL.
Ini cara yang saya gunakan sekarang.

4. Terdapat 8 kategori yang saya gunakan dalam senarai nombor telefon iaitu
a. Acquaintance - Kenalan / rakan
b. Friend - Kawan / sahabat
c. Colleague - Ofis / Pejabat / rakan sekerja
d. Client - Klien / pelanggan
e. Vendor - Vendor / penjual
f. Alumni
g. Relative - Kerabat (saudara-mara)
h. Neighbour - Jiran

5. Untuk tulisan jawi saya menggunakan kategori
a. Rakan
b. Sahabat
c. Pejabat
d. Klient
e. Vendor
f. Alumni
g. Kerabat
h. Jiran

6. Ini boleh mengelakkan kekeliruan jika ada lebih dari seorang mempunyai nama yang sama dan dengan cepat kita dapat mengenalpasti atau mencari orang yang ingin kita hubungi.

7. Kalau anda rasa 9 kategori terlalu banyak, boleh juga dikecilkan skop kepada 3 kategori
a. Vendor - untuk vendor, klien dan ofis
b. Relative - untuk saudara-mara
c. Alumni - untuk bekas rakan sekolah, kawan, kenalan dan jiran

8. Saya baru menukar senarai nombor telefon saya daripada Rumi kepada Jawi secara keseluruhan. Sebagai pencinta Jawi, kalau boleh semua perkara ingin diguna dalam tulisan Jawi.

9. Ini penting untuk menjadikan saya lebih gigih menambahbaik transliterasi nama daripada Rumi ke Jawi.

10. Empat kolum yang digunakan adalah
a. First Name - untuk nama kategori e.g. Pejabat
b. Surname - untuk nama e.g. Abu
c. Company - untuk nama subkategori sama ada nama syarikat atau pon
nama lokasi. e.g. PQR.
d. Phone - untuk nombor telefon e.g. +60123456789

#zairo

Saturday, August 25, 2018

455. Ubuntu 18.04 LTS

Ubuntu 18.04 LTS diluncurkan sekitar bulan April dalam persekitaran pembangunan. Persekitaran produksi hanya muncul dalam seminggu lepas dan ini menarik minat saya untuk melihat apa yang menarik dalam Ubuntu 18.04 LTS ini yang dikatakan lebih stabil daripada Ubuntu 16.04 LTS.

1. Masa untuk hidupkan laptop sehingga ke skrin log masuk mengambil masa sekitar 1min 35s.

2. Akan muncul pilihan menu iaitu
a. Ubuntu.
b. Advanced options for Ubuntu.
c. System setup.
dan default adalah Ubuntu dengan Linux kernel terkini iaitu 4.15. Pada 'Advance option for Ubuntu', boleh memilih untuk menggunakan kernel terdahulu. 'System setup' pula adalah pergi ke tetapan BIOS.

3. Kemudian skrin log masuk muncul untuk dimasukkan katanama dana katalaluan.

4. Ada ikon tetapan untuk memilih antaramuka iaitu
a. LXDE.
b. Openbox.
c. Ubuntu.
d. Ubuntu on Wayland.
e. Unity.

5. Masa daripada skrin log masuk sehingga masuk ke skrin menu adalah sekitar 14s.

6. Kalau dulu sudo apt-get install <nama aplikasi>, kini Ubuntu menggunakan sudo snap install <nama aplikasi> yang mewujudkan sandbox seperti aplikasi-aplikasi pada Android yang menyediakan ruang vakum yang membawa bersama segala keperluan sesuatu aplikasi tersebut. Red Hat juga mempunyai penyelesaian yang sama yang dipanggil Flatpak.

7. Crash masih ada dalam laptop saya tak semena-mena ianya berlaku. Mungkin kerana banyak aplikasi dipasang tanpa membuang dengan berkesan dan mengganggu keseluruhan sistem pengoperasian.

8. Saya mengimpikan sebuah Desktop Environment yang minimal, moden dan menarik untuk digunakan bersama-sama dengan Ubuntu. GNOME bagus namun sedikit berat mengikut pengamatan saya.

9. Desktop Environment terbaik yang pernah saya gunakan adalah XFCE dalam Xubuntu namun entah kenapa tidak berjaya pula memasang Xubuntu dua tiga menjak ini.

10. Masa yang diambil untuk tutup (power off) laptop adalah sekitar 8s.

11. Untuk bypass log masuk, pergi ke Settings > Users > Unlock > masukkan katalaluan > Automatic Login > On. Masa daripada tekan butang on sehingga masuk ke skrin menu adalah sekitar 2 minit.

12. Dalam Unity, ada mod suspend manakala dalam mod GNOME tiada mod suspend.

13. Tahniah dan syabas kepada pasukan Ubuntu yang berjaya menghasilkan satu lagi versi terbaru Ubuntu yang berkualiti secara percuma kepada seluruh peminatnya.

p/s Dikemaskini menggunakan Ubuntu 18.04 LTS dengan antaramuka Unity :)

#zairo