Friday, March 19, 2021

478. Fatakunsi

Apa beberapa tips untuk kita yang sering lupa akan perkara patut dibuat sama ada sudah buat atau belum. 

1. Lupa sudah kunci kereta atau belum

Kalau bukan kereta jenis autolock, boleh guna cara ini iaitu 

a. Keluar daripada kereta dan tutup pintu. 

b. Tekan lock kunci. 

c. CUBA BUKA salah satu PINTU. Semestinya tak boleh buka. Kita akan ingat bahawa pintu telah pun dikunci dengan kaedah ini. 


2. Lupa sudah tutup lampu rumah ke belum, biasanya apabila keluar pada waktu malam

a. TENGOK LAMPU PALING DEKAT dengan pintu rumah. Kalau sudah tutup, kita akan lebih ingat bahawa semua lampu rumah sudah pun tutup. 


3. Tak jumpa barang yang dicari

Biasakan letak barang-barang di dalam rumah pada TEMPAT YANG SAMA InshaAllah lebih mudah jumpa berbanding kita letak di sana sini ikut dan. 


4. Lupa perkara yang ingin dibuat

Digalakkan untuk anda mempunyai sebuah APLIKASI PLANNER sama ada digital atau buku sebaik-baiknya adalah digital kerana mudah dibawa ke sana sini. Aplikasi yang saya guna adalah Mujur Planner iaitu aplikasi saya sendiri.


5. Lupa parkir di aras mana

Cara untuk atasi lupa adalah dengan MENGAMBIL 2 GAMBAR iaitu

a. Gambar tiang sebelah parkir kereta yang memaparkan kedudukan kereta

b. Gambar landmark berdekatan lif anda keluar