Monday, June 21, 2021

481. Rubik Revisited

1. Untuk menyiapkan Rubik di bawah 2 minit, saya sudah berjaya melakukannya setiap kali. Namun untuk menyiapkan Rubik di bawah 1 minit, ianya kadang-kadang berhasil dan kadang-kadang hampa. 

2. Lalu saya pun kembali meneliti kaedah Zairo (http://jawikufi.blogspot.com/2017/04/439-rubik-advance-method.html) yang saya gunakan dalam penyiapan Rubik mungkin ada penambahbaikan perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih pantas.

3. Ternyata memang ada perubahan perlu dilakukan untuk menjadikan lebih pantas. Kaedah yang saya gunakan adalah CFOP iaitu 

a. White Cross

b. First 2 Layers (F2L)

Untuk White Cross dan F2L tidak ada formula sangat dan ianya lebih kepada logik akal untuk menyelesaikannya. Namun Langkah untuk Last Layer ada pelbagai cara yang boleh dipilih ikut apa yang berkenan di hati.


c. Edge Orientation (Last Layer) - 1 daripada 3

i. Dot - F(RUR'U')F'  f(RUR'U')f'

ii. Horizontal Bar - F(RUR'U')F'

iii. L shape with L on the right front - f(RUR'U')f'


d. Corner Orientation (Last Layer) - 1 daripada 7

i. Fish on front left with yellow on the front right - Sune

ii. Fish on front right with yellow on the front left - Sune mirror

iii. Y Cross with 2 headlights on the right - F (RUR'U' RUR'U' RUR'U')F'

iv. Y Cross with 1 headlight with yellow on the right - f(RUR'U')f'  F(RUR'U')F'

v. Tank with headlights on the top right - Sune to transposed to 8 shape

vi. Tank without headlights with yellow on the top right - Sune to transposed to 8 shape  

vii. Eight shape with yellow on the front right - F'(rUR'U')r'  FR 


e. Corner Permutation (Last Layer) - 1 daripada 2

a X b 
XXX
c X d

i. Jika ada headlights, letak di kedudukan a dan b - (RU'L'U) (R'U'2LU') (L'U2L)  

 

ii. Jika tiada headlights tapi ada 2 yang telah betul kedudukan, letak di kedudukan b dan c - (R'UL'U2RU'L) 2 times


f. Edge Permutation (Last Layer) - 1 daripada 4

X a X
b X c
X d X

i. c to b - (RU'RU) (RURU' R'U'R2)
ii. b to c - (L'UL'U') (L'U'L'U LUL2) - mirror above step
iii. a to d and b to c - (M2U M2U) (UM2 UM2)
iv. a to b and c to d - (M2U M2U) (M' U2M2U2 M') U2


#selesaiDiBawah1Minit

480. External Keyboard

 1. Saya baru membeli papan kekunci luaran Xiaomi Mijia Mi Wireless Silent Keyboard Mouse Set untuk disambungkan dengan laptop kerana kekunci Shift yang telah kurang berfungsi akibat kerap digunakan saban hari.

2. Ianya model WXJS01YM dan berharga RM79 dan didatangkan bersama-sama dengan tetikus. 

3. Masing-masing papan kekunci dan tetikus menggunakan bateri AAA.

4. Juga didatangkan sekali dengan 2 biji bateri AAA.

5. Hasil penggunaan selama 10 hari setakat ini ianya amat memuaskan. Papan kekunci jenis membran ini sangat selesa digunakan tanpa sebarang bunyi apabila ditekan. 

6. Kekunci juga tidak mudah tercabut kerana ianya bersambung antara satu kekunci dengan yang lain.

7. Terdapat 104 kekunci.

8. Sambung ke laptop adalah menggunakan peranti USB yang ada diletakkan di dalam tetikus. Apabila disambungkan ke sambungan USB, ianya sedia digunakan terus.

9. Untuk laptop Macbook, perlu tukar tetapan Command kepada kekunci ALT untuk lebih keselesaan menekan kombinasi salin dan tampal.

Kekunci Windows default adalah Command

Kekunci ALT default adalah Option

10. Satu lagi produk terbaik daripada Xiaomi. Syabas kepada pasukan Xiaomi yang menyediakan peranti yang selesa digunakan dah tahan lama, InsyaAllah.