Monday, June 21, 2021

480. External Keyboard

 1. Saya baru membeli papan kekunci luaran Xiaomi Mijia Mi Wireless Silent Keyboard Mouse Set untuk disambungkan dengan laptop kerana kekunci Shift yang telah kurang berfungsi akibat kerap digunakan saban hari.

2. Ianya model WXJS01YM dan berharga RM79 dan didatangkan bersama-sama dengan tetikus. 

3. Masing-masing papan kekunci dan tetikus menggunakan bateri AAA.

4. Juga didatangkan sekali dengan 2 biji bateri AAA.

5. Hasil penggunaan selama 10 hari setakat ini ianya amat memuaskan. Papan kekunci jenis membran ini sangat selesa digunakan tanpa sebarang bunyi apabila ditekan. 

6. Kekunci juga tidak mudah tercabut kerana ianya bersambung antara satu kekunci dengan yang lain.

7. Terdapat 104 kekunci.

8. Sambung ke laptop adalah menggunakan peranti USB yang ada diletakkan di dalam tetikus. Apabila disambungkan ke sambungan USB, ianya sedia digunakan terus.

9. Untuk laptop Macbook, perlu tukar tetapan Command kepada kekunci ALT untuk lebih keselesaan menekan kombinasi salin dan tampal.

Kekunci Windows default adalah Command

Kekunci ALT default adalah Option

10. Satu lagi produk terbaik daripada Xiaomi. Syabas kepada pasukan Xiaomi yang menyediakan peranti yang selesa digunakan dah tahan lama, InsyaAllah.