Wednesday, December 21, 2022

491. Twenty 23

Tahun 2022, beberapa perkara berjaya diselesaikan, Alhamdulillah.

1. Tahun ini saya masih kekal menggunakan telefon pintar 1+ Nord yang menyokong sambungan 5G.

2. Saya juga telah mencadangkan aksara untuk membezakan o, u, e taling dan i dalam tulisan Jawi untuk ambiguiti terutamanya pada nama.

ۆ untuk o

و untuk u

ێ untuk e taling

ي untuk i

3. Saya juga telah menulis berkaitan fail dan folder bahagian ke-2 iaitu format nama fail dan nama folder yang dicadangkan. Akan tetapi saya akan sambung dengan bahagian ke-3 dalam masukan akan datang iaitu 5 nama folder utama menggantikan 3 nama folder terdahulu. 

4. Saya juga telah menyenaraikan aplikasi-aplikasi dalam Ubuntu Linux yang saya gunakan pada tahun ini berbanding 10 tahun dahulu. Ada aplikasi yang masih sama dan ada juga aplikasi yang saya tukar  kepada aplikasi yang lebih efisien untuk digunakan.

5. Saya masih mengemaskini aplikasi Jawi Pro dan kemaskini terakhir adalah pada Q4 2022. Kemaskini berikutnya adalah Q1 2023 setelah saya membuat keputusan untuk mengemaskini sekali untuk setiap suku tahun,

6. Tahniah kepada pasukan bola sepak Argentina dan Messi atas kejayaan menjadi juara Piala Dunia 2022. Ada yang beranggapan ini menamatkan perdebatan antara Messi dan Ronaldo tentang siapa yang lebih hebat dalam sukan bola sepak.