Saturday, September 2, 2023

493. File and Folder (Part 3)

1. Hasil daripada kajian dan bacaan saya selama beberapa bulan, akhirnya saya menemui senarai kategori yang boleh digunakan dalam banyak lapangan iaitu

a. Aplikasi Mujur planner

b. File & folder dalam laptop

c. Chrome browser tab

d. Phone landing page


2. Kesemua perkara di atas menggunakan 5 kategori generik berikut

a. Notes

b. Todo

c. Doing

d. Later

e. Archive


3. Kelebihan menggunakan set kategori yang sama dalam banyak perkara

a. Mempunyai susunan folder yang kemas membolehkan pencarian fail dengan lebih pantas.

b. Minda yang tidak kusut kerana perkara yang sama diulang banyak kali akan memberikan kefahaman yang jelas dan keselesaan kepada seseorang. 


4. Namun nama yang generik sukar untuk difahami apabila digunakan untuk perkara tertentu sama ada email, laptop, browser dan lain-lain. Untuk itu saya telah gunakan nama-nama kategori yang lebih mudah difahami sesuai dengan fungsinya.

a. Todo list app 

b. Laptop / Smart Phone - notes, todo, doing, later, archive

c. Email - notes, todo , internal (archive), external (archive), archive

d. Contact - neighbor, relatives, business, friend, alumni

e. Telegram - unread (todo) , personal (archive)  internal (archive), external (archive), bot (notes) 


5. Kaedah Kanban dan Scrum menjadi rujukan utama saya dalam mewujudkan nama kategori yang sesuai

a. Kanban - backlog, story, todo, in progress, testing, done

b. Scrum - backlog, sprint, todo, doing, verify, done



Sunday, July 2, 2023

492. Akan Tetapi

1. Saya baru selesai mencuba Ubuntu 22.04. Akan tetapi ada masalah pada wireless yang tidak berfungsi menyebabkan sukar untuk saya kekal dengan versi ini setelah godek-godek masih juga gagal.

2. Masalah ini berkaitan dengan OpenSSL versi 3 yang ada ralat menyebabkan masalah kepada wireless tertentu termasuk laptop Lenovo saya yang menggunakan Qualcomm Atheros.

3. Oleh kerana masalah dengan Ubuntu 22.04, saya mencuba Xubuntu 22.04, distro yang saya pernah gunakan suatu masa dahulu semasa pembabitan awal saya dengan Ubuntu. Banyak yang telah berubah namun antaramuka agak tertinggal berbanding Ubuntu. Masalah wireless masih sama tidak dapat beroperasi.

4. Saya mencuba pula Pop!_OS 22.04 yang dikatakan semakin popular sekarang. Walau pon masalah wireless masih sama, antaramukanya sangat mempesonakan dan saya boleh katakan lebih menarik daripada Ubuntu 22.04 dengan banyak ciri-ciri tambahan seperti shortcut, tile windows, lebih laju semasa start dan shutdown laptop.

5. Pop!_OS menggunakan Ubuntu versi LTS dan ditukar kepada antaramuka mereka sendiri yang lebih menarik dan padu. Oleh kerana versi 22.04 LTS ada masalah, saya mengambil keputusan untuk menggunakan versi sebelumnya iaitu 20.04 LTS. Ada 2 pilihan iaitu Ubuntu 20.04 LTS atau Pop!_OS 20.04. Saya memilih Pop!_OS kerana masih terpegun dengan antaramuka yang didatangkan bersamanya.

6. Untuk memasang sistem pengoperasian, perlu ada 

a. External drive untuk backup data

b. Pen drive

c. Aplikasi untuk format pen drive

d. Aplikasi untuk salin data .iso ke pen drive


Ubuntu

- Disk Utility untuk format pen drive

- Ubuntu Startup Disk Creator untuk salin data .iso ke pen drive


Xubuntu

- Disk Utility to format pen drive

- Xfburn tak boleh salin data .iso ke pen drive jadinya saya memasang GNOME Multi Writer melalui

# sudo apt install gnome-multi-writer


Pop!_OS

- Disks untuk format pen drive

- USB Flasher untuk salin data .iso ke pen drive

 p.s Akan tetapi saya akhirnya memasang semula Ubuntu 20.04 LTS yang saya gunakan sebelum ini