Tuesday, November 16, 2010

304. Mac OS in the Eye of Linux Fan

Sementara menunggu Linux memasang bingkai kerja C++ ni, ada baiknya kemaskini blog yang kian bersawang. Tengok aku nak simpan fail ni pun tekan ALT + S gara2 terbiasa guna Mac OS.

1. Mac OS mengajar cara baru simpan fail iaitu Command + S di mana ibu jari kerap digunakan untuk short cut key. Kalau pakai Linux jadinya tertekan ALT + S, kan dah masalah tu. -1.

2. Mac OS dengan RAM yang tinggi, Hard Disk yang besar dan Processor yang pantas sememangnya tidak dinafikan kebagusannya. Itulah dapat dilihat orang mengunakan Windows atau pun Linux dalam MacBook kerana sukakan kekuatan pada perkakasannya bukan pada perisiannya. +1.

3. Command hampir sama dengan Linux kerana berasal daripada BSD yang berasaskan UNIX. +1.

4. GUI yang menarik. Ini trademark Apple. Daripada Iphone, Macbook, dll semua design superb. Siapa tak tertarik mungkin datang daripada planet lain. +1. Ubuntu pun punya GUI yang menarik, jangan tak tahu, hu3. +1 untuk Ubuntu gak.

5. Nak pasang aplikasi Linux kena pasang dahulu MacPort atau Fink. Dah pasang Geany tapi macam buka dalam emulator. Setting kembali default bila tutup aplikasi. Jadinya skang saya tak pakai Geany tapi pakai Komodo Edit. Tak pasal2 saya kena tukar Pengubah Teks. Terus pasang Komodo Edit kat Linux gak sebab dia open platform. Geany terkenal dengan kelajuannya. -1.

6. Banyak sokongan ada pada Mac OS contohnya seperti MS Office, Adobe Photoshop, dan bermacam2 lagi aplikasi terkini yang sedia untuk installer Mac OS. +1.

7. Kalau Windows ada WAMP, Linux ada LAMP, Mac OS ada MAMP. Senang jugak untuk digunakan. +1. XAMPP pula boleh digunakan dalam ketiga2 OS tersebut.

8. Firefox saya ada sedikit bug. Asal bukak je Firefox pasti kuar folder suruh install. Bila pangkah je boleh je masuk pelayar. Mungkin ada cara untuk atasi, tapi saya belum berjaya menyelesaikannya. Takdela menganggu sangat pun tapi tetap bagi -1.

9. Untuk cipta fail .htaccess (hidden file) agak payah kerana tidak dapat lihat dalam file explorer. Godek2 sana sini baru berjaya. File Explorer Linux ada je option untuk view hidden files. Kan senang. -1.

10. Banyak juga menda baru yang saya belajar semasa mengunakan Mac OS. Sekurang2nya saya tahu apa menda yang menyebabkan Mac OS terus diminati terutamanya dalam Iphone yang merupakan versi ubahsuai daripada Mac OS menjadi iOS. +1.

Bagi saya kedua2 Mac OS dan Linux sangat bagus dan terpulang kepada pengguna untuk mengunakan dengan bijaksana.

Peminat Linux macam saya ni lebih suka mengunakan terminal berbanding GUI sebab ada je ubah sana sini yang memerlukan lebih kebebasan yang tidak ada secara default dalam Mac OS.

Apa juga sistem pengoperasian yang korang gunakan, pastikan ianya benar2 selesa untuk digunakan supaya produktiviti meningkat dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan efisien. Bagi saya sebagai pengguna tegar Linux, Linux terbaek :)

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4