Thursday, October 28, 2010

303. Lubuntu

Akhirnya versi stabil Lubuntu sudah pun dilepaskan dengan versi 10.10 Kod nama Maverick Meerkat. Agak lama juga saya menunggu versi pemasangan standalone LXDE pada Ubuntu ini sejak tahun 2009.

Saya menunggu Lubuntu ini kerana PC lama saya di kampung agak perlahan mengunakan Xubuntu. Kalau dibiarkan jadi tukun la pulak. Jadinya Lubuntu memberi nafas baru untuk PC tersebut.

Akan tetapi saya berminat juga untuk memasang Lubuntu ini pada laptop saya. Tunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan misi ini kerana sekarang dalam proses untuk berpindah kerja dan berpindah rumah.

Lubuntu sememangnya lebih laju daripada Xubuntu (mengunakan GUI XFCE yang juga ada sedikit GNOME). Lubuntu mengunakan GUI LXDE yang merupakan cabang dan peningkatan daripada GUI BusyBox. Untuk rekod, BusyBox juga merupakan GUI yang digunakan dalam Maemo, sistem pengoperasian dalam telefon bimbit Nokia N900. LXDE adalah GUI yang paling ringan di samping menawarkan GUI yang moden tanpa klik kanan pada tetikus untuk membuka menu.

Pemilihan aplikasi pada Lubuntu semestinya berbeza dengan aplikasi pada Ubuntu, Kubuntu dan Xubuntu. Pelayar Chrome dijadikan pilihan dalam Lubuntu dan saya masih merasakan Firefox masih pilihan terbaik untuk digunakan dalam pembangunan sistem.

Aplikasi pejabat mengunakan GNU hampir sama seperti Xubuntu. File Manager agak selesa digunakan kerana ciri2 yang hampir sama dengan File Manager pada Xubuntu.

Tahniah kepada pasukan Ubuntu terutamanya kepada Lubuntu kerana berjaya menghasilkan satu lagi sistem pengoperasian yang terkini dan menarik. Saya juga akan mengesyorkan kepada rakan saya untuk mengunakan Lubuntu memandangkan dia mengunakan PC yang agak lama.

#zairo