Tuesday, December 28, 2010

308. Mac Nux

Minggu ni belum kemaskini blog rupanya. Musim kesibukan melanda diri ini. Banyak perkara baru dapat dipelajari. Perkara melibatkan syarikat takkan saya coretkan di sini. Blog ini hanya untuk perkongsian Linux sahaja.

Kalau pun saya bercerita mengenai telefon pun adalah berkaitan Linux juga iaitu Android dan Maemo/Meego. N900 boleh dipasang Android. Ingin juga saya mencuba memasangnya jika ada kelapangan. Perlu beli external memory card sekurang2nya 2GB barulah boleh dipasang 2 OS dalam N900. Maksimum external memory card yang disokong oleh N900 adalah 16GB.

Tadi baru menyiapkan satu tugasan yang mencabar minda juga. Bertukar kerja bermakna akan banyak yang perlu dipelajari. Sebab itu ramai orang lebih suka kekal dengan tempat yang sama kerana tidaklah banyak yang perlu dipelajari dalam masa yang terlalu singkat di samping alasan2 yang lain. Saya juga dalam kategori tidak suka berpindah kerja tapi apakan daya takdir penentu segalanya.

Sejak usia sudah menua ni daya kelupaan semakin meningkat. Saya memang sudah lama membuat nota setiap perkara yang saya belajar. Supaya lain kali dapat mengunakan perkara tersebut dengan cepat dan berkesan. Mungkin itu adalah cara saya belajar dengan membuat nota. Lain orang lain caranya.

Dalam masa terdekat ini rasa nak balik kampung untuk mencuba Lubuntu pada pc lama. Ingin melihat sejauh mana keberkesanannya dari segi kelajuan dan keselesaan mengunakannya.

Terima kasih kepada kenkawan kerana sudi menghulurkan bantuan di kala saya kesukaran dalam menyiapkan kerja. Saya juga ada membantu rakan2 yang memerlukan kerana saya percaya apabila kita membantu seseorang itu maka suatu masa nanti di kala kita dalam kesusahan akan ada orang lain yang membantu kita. Tidak semestinya orang yang kita bantu itu yang menolong kita. Begitulah kehidupan yang saya faham.

Ramai yang tidak faham cara tukang kod bekerja. Bagi saya tukang kod perlu selesaikan isu2 besar dahulu kemudian baru selesaikan isu2 kecil. Kerana banyak masa diperlukan untuk mencari penyelesaian kepada isu2 besar. Isu2 kecil hanya perlukan masa sahaja untuk disiapkan. Isu2 besar kadangkala merupakan kali pertama dihadapi untuk diselesaikan dan kadang2 tercari2 kaedah yang sesuai untuk digunapakai.

#zairo

Sunday, December 19, 2010

307. All the Codes are Shuffle in the Air

Tengah tunggu siap basuh baju ni ada baiknya kemaskini blog.

Setelah mengunakan Lubuntu untuk beberapa ketika didapati banyak kelebihan berbanding Xubuntu.

1) Kelajuan memproses Lubuntu lebih laju daripada Xubuntu. +1

2) File Manager dalam Lubuntu lebih mudah untuk buka partition lain berbanding Xubuntu. Work out of the box. +1

3) Lubuntu mengunakan wvdial sebagai default memudahkan untuk sambungan ke internet manakala Xubuntu tiada wvdial secara default. +1

4) Default aplikasi office adalah asas sahaja sama seperti Xubuntu.

5) Setakat ini tiada isu kehilangan menu bar yang berlaku pada Xubuntu kadang2. Walau pun ada cara atasi tapi lagi bagus kalau tiada error tersebut. +1

6) Tidak boleh tukar tempat untuk tab aplikasi yang dibuka yang boleh dilakukan pada Xubuntu. -1

Ubuntu, Kubuntu, Xubuntu, Lubuntu dan bermacam2 variasi Ubuntu di luar sana menyajikan kelebihan masing2 di samping kekurangan2 yang harus diperbaiki daripada semasa ke semasa.

Saya tidak ada masalah dengan gaya linux yang lebih suka mengunakan command line dalam banyak situasi kerana ianya pantas dan kita hanya perlu simpan nota arahan tersebut pada satu fail untuk rujukan sendiri. Kecuali jika anda seorang genius maka semua arahan sedia ada dalam minda, hu2. Rileks2.

#zairo

Saturday, December 4, 2010

306. Tak Perlu Kata Apa2

Layan lagu Senyum oleh Malique memang menarik, hu2. Lirik yang macam pantun itu sedap didengar dan dalam maknanya. Apa cerita kali ini tidaklah dirancang pun. Main taip je dah jadi 4 ayat, hu2.

Oh ya, saya baru selesai pasang Lubuntu 10.10 dalam MBP secara dual boot. Didapati banyak aplikasi perlu dibuat konfigurasi seperti wireless, bluetooth, dll. Tidak seperti laptop biasa yang semuanya berfungsi 'out of the box'. Kelajuan memang 'superb' la sebab RAM 4GB dan guna pulak Lubuntu, GUI moden paling ringan.

Blog ini jarang letak gambar sebab saya malas. Ini kira habis rajin la menaip pakai telefon bimbit. Sengaja tak nak kemaskini melalui laptop sebab nak mengekalkan 100 peratus kemaskini blog mengunakan telefon bimbit.

Blog saya sudah mula dikemaskini setiap minggu. Mula2 dulu 2 minggu sekali, kemudian sekali sebulan. Bagi saya, kemaskini seminggu sekali paling sesuai. Kemaskini setiap hari bagus untuk yang cari duit lebih melalui blog. Saya buat blog suka2 je dan tak nak terikat dengan masa dan keadaan.

Gaya penulisan saya 'straight to the point'. Saya tak suka tulis panjang2 tapi bunga2 je yang panjang tapi isi sikit je. Penat orang nak baca. Lain padang lain belalang. Terpulang pada kreativiti masing2.

Saya juga kadang2 suka tulis 10 sebab untuk apa jua tajuk yang saya cuba kongsikan. Sengaja saya hadkan 10 dan susah juga nak cari idea tapi bila berjaya buat, memang berbaloi.

Topik cerita saya adalah catur, PHP dan Linux. Linux banyak benda boleh cerita. Catur dan PHP mungkin saya dah kurang bercerita. Bos saya panggil saya 'open source guy'. Ada geng panggil saya 'IT geek'. Ada staf opis lama panggil saya 'orang Linux'. Mungkin saya lebih kepada 'Linux geek' walau pun saya tidaklah pakar sangat. Tapi saya suka menjelajah dunia Linux mencari jawapan2 bagi setiap persoalan.

3 syarikat saya bekerja, hanya saya mengunakan Linux dalam laptop. 1 syarikat lagi ada staf2 lain mengunakan Linux sebab saya yang syorkan sebab lebih mudah pasang bingkai kerja Symfony dalam Linux berbanding OS lain. Linux sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya selama hampir 3 tahun kebelakangan ini. Syukur.

#zairo